Skip to main content

Daun Belalai Gajah, Tumbuhan Herba dengan Pelbagai Khasiat

 

 Pokok belalai gajah


Bunga daripada pokok belalai gajah

Belalai gajah ialah Clinacanthus nutans (Burm.F.) Lindau, yang tergolong dalam keluarga Acanthaceae. Orang Jawa mengenali tumbuhan ini dengan nama dandang gendis. Ia telah lama dikenali sebagai tumbuhan herba yang membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit turun-temurun.


Pelbagai khasiat menakjubkan daun belalai gajah telah dikaji. Tumbuhan ini bukan tumbuhan asing dalam perubatan tradisional dan sangat terkenal di Malaysia, Indonesia, Thailand dan China!

Merawat herpes

Ekstrak etanol daun belalai gajah terbukti mempercepatkan penyembuhan gejala jangkitan herpes, sama ada disebabkan oleh Virus Herpes Simplex (HSV) atau Virus Varicella Zoster (VZV). Ia mempunyai sifat penyembuhan yang sama seperti Acyclovir, ubat untuk penghidap herpes. Tetapi perlu diingat, daun ini hanya membantu menyembuhkan gejala, tetapi tidak menyingkirkan virus dalam badan.

 

Meneutralkan racun

Pada awalnya, daun belalai gajah digunakan untuk merawat racun ular dan sering digunakan sebagai pertolongan cemas apabila seseorang dipatuk ular. Ia juga boleh digunakan ketika digigit kala jengking atau disengat lebah.


Kandungan dalam daun ini mampu menyekat kesan dan penyebaran toksin (bisa) ke dalam saraf, yang boleh merosakkan struktur sel dalam badan. Cuma tidak semua patukan ular boleh digunakan kerana setiap ular mempunyai racun berbeza.

 

Anti-radang

Semua bahagian tumbuhan belalai gajah boleh diproses untuk melegakan keradangan badan. Tumbuhan ini mempunyai sifat antioksidan tinggi dan antikanser yang berpotensi untuk mencegah dan merawat kanser.

 

Mengatasi jangkitan bakteria

Daun tumbuhan ini bertindak sebagai agen antimikrob. Kandungan flavonoid dan fenol daun ini boleh menghalang aktiviti mikroorganisma seperti jangkitan saluran penghadaman. Contoh seperti Bacillus cereus, Escherichia coli, Salmonella enterica Typhimurium dan Candida albicans. 


Di Indonesia, air rebusan daun ini biasa digunakan untuk melegakan disentri (jangkitan usus) dan rawatan alternatif untuk pesakit kencing manis manakala di Thailand, daun belalai gajah dikisar, kemudian disapu terus pada kulit untuk merawat pelbagai penyakit kulit.


Di China, ia dipercayai dapat melegakan pelbagai masalah kesihatan. Bermula dari mengurangkan demam, menormalkan kitaran haid, mengatasi anemia, jaundis, hingga merawat patah tulang.

 

Cara untuk amalkan daun belalai gajah!

 

Daun belalai gajah boleh digunakan dengan cara merebus, kemudian diminum airnya beberapa kali sehari, atau digunakan sebagai kompres. 


Berikut adalah cara untuk menghasilkan jus daun belalai gajah:

 

Jus Daun Belalai Gajah

  1. Tuang ½ cawan air ke dalam blender
  2. Tambah ¼ cawan lemon untuk vitamin C dan mencegah pengoksidaan 
  3. Masukkan 1 genggam daun belalai gajah
  4. Kupas epal hijau segar dan buang semua biji, potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal 
  5. Jus belalai gajah sedia untuk diminum. Jus siap ini perlu diminum secepat mungkin atau sekurang-kurangnya dalam masa 5 minit. Kerana jus belalai gajah tidak boleh disimpan terlalu lama. 


 Jom beli pokok belalai gajah daripada Kebun Reyhan kami!


Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holdings

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings

Contact: 03-89223161 / 019-5466443

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...