Pokok belalai gajah Bunga daripada pokok belalai gajah Belalai gajah ialah Clinacanthus nutans (Burm.F.) Lindau, yang tergolong dalam keluarga Acanthaceae. Orang Jawa mengenali tumbuhan ini dengan nama dandang gendis. Ia telah lama dikenali sebagai tumbuhan herba yang membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit turun-temurun. Pelbagai khasiat menakjubkan daun belalai gajah telah dikaji. Tumbuhan ini bukan tumbuhan asing dalam perubatan tradisional dan sangat terkenal di Malaysia, Indonesia, Thailand dan China! Merawat herpes Ekstrak etanol daun belalai gajah terbukti mempercepatkan penyembuhan gejala jangkitan herpes, sama ada disebabkan oleh Virus Herpes Simplex (HSV) atau Virus Varicella Zoster (VZV). Ia mempunyai sifat penyembuhan yang sama seperti Acyclovir, ubat untuk penghidap herpes. Tetapi perlu diingat, daun ini hanya membantu menyembuhkan gejala, tetapi tidak menyingkirkan virus dalam badan. Meneutralkan racun Pada awalnya, daun belalai gajah digunakan untuk m
SteviaSugar is Stevia experts. Nutraceutical, Functional Food & Beverage OEM Manufacturer. Herbalwise Holdings. Kebun Reyhan, organic herbs farming, rare plants & fruits. Dr Sweet healthcare products.