Skip to main content

SUBANG NENEK - PETUA MELEGAKAN SAKIT GIGI & GUSI DENGAN PANTAS

 


Pokok subang nenek atau dikenali dengan variasi nama:

  • Acmella oleracea
  • Spilanthes acmella
  • jambu
  • electric daisy
  • paracress
  • eyeball plant

Subang nenek ialah tumbuhan berbunga yang berasal dari Brazil. Keadaan iklim yang serupa membuatkan pokok ini mudah tumbuh meliar di negara kita terutamanya di kawasan basah dan berumpai seperti paya atau tepi tasik.


Warna kuning dan oren keemasan bunga yang vibrant ini menjadikan ia "karpet rumput" yang cantik untuk halaman dan sering digunakan sebagai hiasan. Kepala bunga ini turut menarik minat kelip-kelip apabila mekar.


Ramai yang tidak tahu bahawa pokok subang nenek ini adalah pokok TOOTHACHE PLANT atau pokok sakit gigi. Ini kerana ia sering digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga merupakan bahan masakan popular di Amazon kerana mempunyai rasa kuat dan pahit!


Daun atau bunganya boleh dimakan, mentah atau dimasak, dan ia menambah rasa unik pada hidangan. Apabila dikunyah, ia mempunyai kesan kebas pada mulut. Kesan anestetik ini disebabkan oleh spilanthol, bahan aktif utama tumbuhan, yang merangsang kelenjar air liur sambil mengebaskan lidah dan bibir. Ia juga mempunyai sebatian tumbuhan yang dipanggil flavonoid. Flavonoid mengurangkan prostaglandin, yang mengganggu persepsi anda terhadap kesakitan.


Cadangan penggunaan:

1. Tumbuk sehingga hancur daun dan bunga subang nenek

2. Ambil berus gigi dan berus pada bahagian gigi atau gusi yang sakit atau bengkak

3. Biarkan selama 2-3 minit sehingga rasa kebas-kebas

4. Kumur-kumur untuk bilas bahagian yang dirawat

5. Kesan-kebas akan berlanjutan sehingga 10 minit tetapi kesannya cukup melegakan!


*Tips: Amalkan pada waktu malam untuk dapatkan tidur yang nyenyak!



POKOK SUBANG NENEK / ACMELLA OLERACEA


Penghantaran percuma ke seluruh Lembah Klang!

Cara pembelian ⬇⬇⬇ 

Website: https://herbalwise.com.my/ 

Shopee: steviasugar / herbalwise.holdings

Lazada: Stevia Sugar / Herbalwise Holdings  

Contact: 019-5466443


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...