Skip to main content

Resepi Roti Pisang Gebu dan Moist - Resepi Sihat dengan Dr Sweet Stevia Spoonable

 



Bahan-bahannya:

500g pisang mas - pisang mas dipilih kerana rasanya yang lebih berlemak dan berkrim apabila sudah masak berbanding pisang lain. Pisang ini juga tidak dipengaruhi dengan rasa masam. Jadi, ianya sangat sesuai dibuat pencuci mulut. Pisang ini juga dapat menjadikan roti pisang kita lebih moist!


3 sudu besar Dr Sweet Stevia Spoonable Powder- Jenama Dr Sweet telah menghasilkan pelbagai produk pemanis semula jadi daripada daun stevia. Produk ini merupakan serbuk campuran daun stevia, StebianA bersama Erythritol, dan ianya 10 kali lebih manis daripada gula biasa. Ia juga tidak menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah dan bersifat sifar kalori! Sebab itu saya memilih Dr Sweet sebagai alternatif kepada gula dalam resepi ini.
500g tepung gandum


30g serbuk penaik

4 biji telur gred A


125g susu
125g minyak 

5g serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh esen pisang

Masa penyediaan: 1 jam 15 minit

Bahan-bahan:
  • 500 g pisang mas
  • 3 sudu besar Dr Sweet Stevia Spoonable Powder
  • 500g tepung gandum
  • 30g serbuk penaik
  • 4 biji telur gred A
  • 125g susu - pilihan cecair fresh milk dutch lady
  • 125g minyak masakan
  • 5g serbuk kulit kayu manis (optional - penambahan serbuk kayu manis akan meningkatkan rasa manis roti)
  • 1 sudu teh esen pisang

Cara membuatnya:

1. Kupas kulit pisang dan asingkan isinya di dalam sebuah bekas. Kemudian, lecek pisang sehingga hancur, pastikan tidak terlalu berketul.

2. Di dalam bekas asing, ayak tepung bersama serbuk penaik. Masukkan serbuk kulit kayu manis ke dalam campuran.

3. Pukul telur bersama gula dan susu sehingga berbuih dan kembang di dalam bekas lain. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau  rata.

4. Lepas itu, masukkan pisang yang dilecek, esen pisang dan juga minyak. 

5. Bakar pada suhu 150c selama 1 jam, dengan api atas bawah. Tunggu sejuk sebelum menghidang.


Mari dapatkan Dr Sweet Stevia Spoonable Powder sekarang!




🔷Dianugerahkan status BioNexus oleh Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Malaysia.

🔷100% dituai, diekstrak & ditapis dari ladang Stevia SteviaSugar Corporation (M) Sdn Bhd.

🔷Disahkan Halal oleh JAKIM.

🔷TIADA pemanis tiruan & sifar bahan kimia seperti Sucralose, Propylene Glycol, Aspartam, Saccharine, & Acesulfame dll.

🔷0 Kalori & 0 Karbohidrat.

🔷Sesuai untuk pesakit kencing manis & pengurusan berat badan.

🔷½ sudu teh (1g) Dr. Sweet™ Stevia Spoonable = 2 sudu teh gula.

🔷Bahan-bahan: Erythritol (pemanis semulajadi), Stebiana Reb-A 60 (Ekstrak Stevia)

Cara pembelian ⬇⬇⬇

 Contact: 019-5466443


PROMOSI! Penghantaran percuma ke Klang Valley!























Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Gymnema?

  Pokok Pemusnah Gula, Gymnema!      Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda , pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda.  NAMA SPESIES: GYMNEMA SYLVESTRE KELUARGA: APOCYNACEAE ASAL: AFRIKA  TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP  MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU     Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema  yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena  dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut: Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada ...

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...