Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Resepi Roti Pisang Gebu dan Moist - Resepi Sihat dengan Dr Sweet Stevia Spoonable

  Bahan-bahannya: 500g pisang mas - pisang mas dipilih kerana rasanya yang lebih berlemak dan berkrim apabila sudah masak berbanding pisang lain. Pisang ini juga tidak dipengaruhi dengan rasa masam. Jadi, ianya sangat sesuai dibuat pencuci mulut. Pisang ini juga dapat menjadikan roti pisang kita lebih moist! 3 sudu besar Dr Sweet Stevia Spoonable Powder- Jenama   Dr Sweet telah menghasilkan pelbagai produk pemanis semula jadi daripada daun stevia. Produk ini merupakan serbuk campuran daun stevia, StebianA bersama Erythritol, dan ianya 10 kali lebih manis daripada gula biasa. Ia juga tidak menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah dan bersifat sifar kalori! Sebab itu saya memilih Dr Sweet sebagai alternatif kepada gula dalam resepi ini. 500g tepung gandum 30g serbuk penaik 4 biji telur gred A 125g susu 125g minyak  5g serbuk kulit kayu manis 1 sudu teh esen pisang Masa penyediaan: 1 jam 15 minit Bahan-bahan: 500 g pisang mas 3 sudu besar Dr Sweet Stevia Spoonable Powder...

PETUA ATASI MASALAH SAKIT PERUT, SEBU, SENAK-SENAK, MASUK ANGIN - DENGAN HERBA PUDINA

  Pudina adalah salah satu petua yang paling boleh dipercayai untuk sakit perut.  Lagipun, kandungan pudina sering digunakan untuk memulihkan senak, perut kembung dan kolik. Nama Panggilan: Pudina Nama Saintifik: Menta Spp. Keluarga: Lamiaceae Jenis Pokok: Herba Bahagian Diguna: Daun 💢 Ketoksikan: Toksik kepada anjing, kucing dan kuda Prinsip Toksik: Minyak Pati Pudina ( Essential Oil ) Tanda-Tanda Klinikal: Muntah dan Cirit-Birit dengan Pengambilan yang Banyak Pudina mengandungi mentol, sebatian tumbuhan semula jadi yang melegakan kesakitan yang menyebabkan kekejangan usus. Ini mengurangkan ketidakselesaan perut sebanyak 40 peratus menurut penyelidik Jerman dan Rusia. Satu kajian dari 2011 yang diterbitkan dalam Pain menunjukkan mengapa pudina boleh membantu orang yang mengalami sindrom usus yang merengsa, atau IBS. Sebatian dalam pudina sebenarnya mengaktifkan saluran anti-sakit dalam kolon. Saluran ini, yang dipanggil TRPM8, boleh mengurangkan kesakitan yang dikait...

Resepi Teh Pudina / Mint Tea - Manfaat Wajib Diketahui!

MMMM..... Memang menyegarkan untuk menambah minuman ini ke dalam menu berbuka puasa anda 🌙🕌 Lagi best untuk dinikmati bersama keluarga! Tahu tak pudina boleh membantu melegakan gas dan kembung perut yang anda alami sepanjang hari? Justeru menjadikannya ramuan RAMADHAN terbaik setakat ini! RESEPI TEH PUDINA YG MENYEGARKAN!! Cadangan hidangan: 4-5 orang     |      Masa: 10 minit   Bahan-bahan 🔷 500 ml air panas 🔷 15 helai daun pudina (spearmint/peppermint) 🔷 1-2 sudu besar madu  🔷 1 cawan ais  🔷 2 keping hirisan lemon 🔷 Sedikit jus lemon, secukup rasa Cara-cara 1. Panaskan 1 cerek air panas, lebih kurang 500 ml sehingga mendidih. Pada waktu ini, anda boleh merebus sekali daun pudina untuk rasa yang EXTRA KICK atau lebih MELETUP! Atau, boleh ikut step no 2 ni. 2. Masukkan madu dalam jag, dan tuangkan air panas untuk membancuh madu sehingga larut. Kemudian, masukkan daun pudina dan hirisan lemon.  3. Untuk beri rasa sedikit masam, boleh...