Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Apa Itu Bonglai Putih?

  Bonglai Putih, Tumbuhan Herba Tradisional yang Banyak Manfaat!      Bonglai Putih merupakan tumbuhan yang tidak serupa dengan pokok Bonglai ( Oryxylum indicum ) dan berumpun dari keluarga halia. Bonglai Putih lazimnya dijumpai tumbuh di kawasan yang agak lembap seperti di kawasan belukar dan semak-samun di kebun getah. Selain itu, Bonglai Putih dikenali juga dengan nama Bonglai Bukit atau Bengal Ginger dalam bahasa Inggeris. NAMA SPESIES: ZINGIBER MONTANUM KELUARGA: ZINGIBERACEAE ASAL: THAILAND CIRI-CIRI: PSEUDOSTEM POKOK BERBENTUK SILINDER DIKELILINGI PELEPAH DAUN RIZOM BERWARNA KUNING PUCAT DAN SANGAT AROMATIK TUMBUH SETINGGI 2M Manfaat Bonglai untuk kesihatan adalah: Untuk melegakan cirit-birit dan kolik Untuk merawat asma dan demam Untuk merawat sakit reumatik dan arthritis Untuk melegakan sakit terseliuh, bengkak dan lebam Untuk melegakan batuk dan demam panas     Bonglai Putih juga terkenal sebagai bahan minyak urutan dan merawat luka terutaman...

Apa Itu Akar Minyak?

 Sayuran Thai Tempatan, Akar Minyak!      Akar Minyak merupakan antara tumbuhan herba yang ditanam di Kebun Reyhan yang malar hijau, menjalar dan mempunyai daun dan batang yang berkilat. Tumbuhan ini dikenali sebagai Grass Jelly Vine dalam bahasa Inggeris, dan Yanang dalam bahasa Thailand dan Laos. Di Timur Laut Thailand, tumbuhan ini dikatakan sebagai tumbuhan yang "Tidak pernah tua selama seribu tahun".   NAMA SPESIES: TILIACORA TRIANDRA KELUARGA: MENISPERMACEAE ASAL: ASIA TENGGARA - MALAYSIA, THAILAND, KEMBOJA, LAOS CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK BUJUR HINGGA ELIPTIK BUNGANYA BERWARNA KEKUNINGAN MEMPUNYAI BUAH BERWARNA MERAH MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN 6-9M Antara manfaat yang boleh didapati dari Akar Minyak adalah: Mengurangkan risiko kanser Mengurangkan rasa sakit dan demam Mengawal tekanan darah  Menurunkan suhu badan Mengawal diabetes      Akar Minyak kaya dengan pelbagai khasiat. Selain memberikan efek menyejukkan, ia mengandungi...

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak...

Apa Itu Temu Kunci?

  Temu Kunci, Bukan Sekadar Pewarna Makanan!      Temu Kunci merupakan tanaman rempah dari keluarga halia yang banyak dijumpai tumbuh di negara beriklim tropika dan turut ditanam di Kebun Reyhan kami. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai Temu Kecil atau Merkunci dan sebagai Fingerroot dalam bahasa Inggeris. NAMA SPESIES: BOESENBERGIA ROTUNDA KELUARGA: ZINGIBERACEAE ASAL: CINA DAN ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK TOMBAK DAN PERMUKAAN DAUN YANG HALUS MEMPUNYAI RIZOM BERWARNA KUNING CERAH, TEBAL DAN AROMATIK BUNGANYA BERWARNA MERAH JAMBU, KUNING DAN PUTIH TUMBUH DARI KETINGGIAN 30-80CM Apakah  khasiat  yang terdapat pada tumbuhan Temu Kunci? Untuk melancarkan penghadaman Untuk merawat kurap Untuk melegakan batuk dan sakit tekak Untuk menguatkan fungsi buah pinggang Untuk merawat sakit otot dan sakit reumatik Untuk mencegah barah usus dan payudara Untuk merawat leukemia Untuk merawat ulser Untuk mencegah kaviti Untuk menyembuhkan luka   ...

Apa Itu Sambung Nyawa Batik?

Sambung Nyawa Batik, Tumbuhan Bercorak Menarik Seperti Batik!      Pokok Sambung Nyawa mempunyai pelbagai variasi dan antara spesies Sambung Nyawa yang terkenal adalah Sambung Nyawa Batik. Sambung Nyawa Batik senang dikenali kerana corak daunnya seakan batik, iaitu warna ungu daun bercampur warna hijau urat daun tersebut. NAMA SPESIES: GYNURA PSEUDOCHINA VAR. HISPIDA KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI CORAK TEPI DAUN YANG BERSEGI DAUN BERWARNA UNGU DAN URAT DAUN BERWARNA HIJAU BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 1.3 METER Kenali manfaat menarik yang ada pada Sambung Nyawa Batik: Melancarkan aliran haid Mengimbangi tekanan darah Melegakan sakit kepala Merawat luka ringan dan penyakit kulit Mengurangkan kadar kolestrol dan kencing manis Mnegurangkan risiko serangan penyakit jantung      Daun Sambung Nyawa Batik ini bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam atau salad, tetapi ia juga enak dicampur dalam ramuan telur dadar atau masakan kerabu s...

Apa Itu Pegaga?

Pegaga, Ulam Berkhasiat yang Tumbuh Melata!      Di Kebun Reyhan, kami mengusahakan berbagai-berbagai jenis tanaman herba dan ulam-ulaman dan salah satunya adalah tumbuhan Pegaga. Dalam Bahasa Inggeris, tumbuhan ini dipanggil sebagai Indian   Pennywort atau Asiatic Pennywort. Selain mudah ditanam di dalam pasu, Pegaga secara amnya tumbuh secara melata di kawasan tropika terutamanya di kebun, ladang atau padang rumput. NAMA SPESIES: CENTELLA ASIATICA KELUARGA: MACKINLYACEAE ASAL: ASIA TROPIKA CIRI-CIRI: BERSAIZ KECIL, PENDEK DAN MENJALAR MEMPUNYAI DAUN LEBAR BERBENTUK BULAT MEMPUNYAI TANGKAI DAUN YANG PANJANG BERWARNA HIJAU Apakah khasiat yang terdapat pada tumbuhan Pegaga? Melawaskan air kencing Merawat masalah cirit birit Mengurangkan tekanan darah Melancarkan peredaran darah Menguatkan daya ingatan Mengekalkan awet muda Merawat panas badan Penawar batu karang, ulser dan  kencing berdarah     Selain dimakan sebagai ulam, anda juga boleh membu...

Apa Itu Cekur?

  Cekur, Rempah Perisa yang Berbau Harum!      Cekur atau nama lainnya Maraba, Finger Root, Aromatic Ginger dan Kencur (dalam bahasa Jawa) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara meluas di Malaysia termasuklah di Kebun Reyhan kami. Cekur sering digunakan dalam masakan pecel iaitu masakan ala Jawa yang sohor di sekitar negeri Johor. Pecel merupakan ikan keli dibakar atau daging ayam bakar.  NAMA SPESIES: KAEMPFERIA GALANGA KELUARGA: ZINGIBERACEAE ASAL: BURMA DAN NATIF DI INDIA CIRI-CIRI: DAUN TERSUSUN RAPI PADAT BERBENTUK ELIPTIK BUNGA BERWARNA PUTIH TUMBUH DI TENGAH DAUN MEMPUNYAI SAIZ RIZOM YANG KECIL DAN BERBAU AROMATIK AKAR BERGENTIAN DAN BERISI Apakah kebaikan yang boleh diperoleh dari Cekur? Ekstrak Cekur digunakan sebagai repellent nyamuk Melancarkan peredaran darah Meredakan kembung perut Mencantikkan kulit dan awet muda  Meredakan sakit otot dan sengal badan Meningkatkan pengeluaran susu ibu Melawaskan sistem pencernaan     Sel...

Apa Itu Tenggek Burung?

  Tenggek Burung, Tumbuhan Ulam Berkhasiat!     Pernah dengar tentang Tenggek Burung ? Tumbuhan ini dikenali sebagai Tenggek Burung kerana dikatakan burung-burung kecil suka hinggap di tumbuhan renek ini. Selain menjadi sarang untuk burung bertelur, tumbuhan ini juga boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk daunnya rasa sedikit pahit, masam dan kelat dan enak dimakan bersama nasi serta sambal belacan. NAMA SPESIES: EUODIA RIDLEYI KELUARGA: RUTACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI BANYAK DAHAN DAN RANTING DAUN TUA BERWARNA HIJAU PEKAT DAN TEBAL DAUN PUCUK BERWARNA HIJAU MUDA DAN LEMBUT BUNGA BERWARNA PUTIH DALAM  BEBERAPA JAMBAK MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN 2-3 METER Khasiat memakan pucuk Tenggek Burung untuk kesihatan adalah: Merawat tekanan darah tinggi Mencegah serangan darah tinggi Melancarkan peredaran darah Menghilangkan lenguh di badan Mengecutkan rahim dan menyegarkan badan wanita yang baru bersalin Meningkatkan fungsi organ seks bagi lelaki     Di Ke...