Skip to main content

Kempen Makan Secara Sihat..

Kempen Makan Secara Sihat..


Dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula,Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat.Ini termasuk Kempen Cara Hidup Sihat yang bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).


Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik", rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer, serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen.


Tambahan, perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini, didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula boleh didapati di dalam pasaran. Usaha ini diteruskan bagi memastikan pengeluaran produk sebegini dipertingkatkan lagi.




Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-Peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi  5g per 100g atau 2.5g per 100ml.


 Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5g per 100g atau 100ml. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.


Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di di dalam Panduan Diet Malaysia.


Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia


1) Makan makanan rendah kandungan gula.alam Panduan Diet Malaysia.


a.    Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

b.    Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

c.    Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

d.    Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

e.    Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

f.Gantikan gula dengan STEVIA yang asalnya dari daun Stevia Rebaudiana iaitu pemanis semulajadi.

2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.

a.    Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.

b.    Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

c.    Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

d.    Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".

e.    Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC). Gantikan gula dalam minuman harian dengan STEVIA.

f.    Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.



"Mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya mengawal apa yang anda makan tetapi apa yang sukar, anda tidak mahu mengubah sikap,"

Untuk mendapatkan produk Dr Sweet Stevia anda boleh menghubungi kami di talian 
03-21660445




Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak...

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudi...