Skip to main content

PEMBONGKARAN SEBENAR IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA (SUCRALOSE)

Tahukah Anda???



IBU GULA = E955 = EKSTRAK GULA = SUCRALOSE



APAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE?
Sucralose adalah bahan yang terhasil secara kimia daripada sucrose (gula) dengan penambahan molekul klorin melalui tindakan kimia yg kompleks & melibatkan penggunaan  bahan kimia bertoksid tinggi.


SUCRALOSE DIPERBUAT DARIPADA APA?
Sucralose adalah pemanis klorin tiruan yang terhasil apabila kumpulan hydroxyl dalam molekul gula digantikan dgn klorin molekul.


ADAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE PRODUK SEMULAJADI?
Tidak. Sucralose tidak mengandungi elemen gula kerana ianya dihasilkan dalam keadaan proses kimia bukan melalui bidang tebu atau bit gula. Sucralose melalui proses kimia yang tinggi.


APAKAH PERBEZAAN ANTARA IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE & SUKROSE(GULA)?
Sucrose dihasilkan secara semulajadi daripada tebu atau bit gula. Sucralose pula terhasil secara kimia. Penggunaan nama lebih kurang sama kerana untuk memasarkan produk dan menarik perhatian pelanggan

ADAKAH KLORIN YG DIGUNAKAN DLM SUCRALOSE DAN KOLAM RENANG SAMA?
Ya. Atom klorin yg dijumpai dalam sucralose sama digunakan untuk membasmi kolam renang. Product tersebut dilabelkan sebagai mengandugi klorin tetapi tidak bagi produk ibu gula/E955/ekstrak gula.

ADAKAH SELAMAT UNTUK KITA MAKAN ATAU MINUM PRODUK MENGANDUNGI KLORIN?
Setakat ini tidak lagi diketahui berapa lama tempoh penggunaan sucralose memberi kesan ke atas jangka hayat manusia. Sesetengah professional kesihatan menyatakan kebimbangan bahawa Sucralose boleh menyebabkan kesihatan manusia dalam bahaya. Pentadbiran Makanan & Dadah (FDA) telah mengkaji kemungkinan kesan sampingan menggunakan Sucralose termasuklah pembesaran hati & buah pinggang, mengurangkan bilangan sel darah putih, mengurangkan kadar pertumbuhan dan menurunkan berat badan janin.

ADAKAH IBU GULA/E955/EKSTRAK GULA/SUCRALOSE SELAMAT BAGI KITA SEBAGAI GULA SEBENAR SEMULAJADI?
Disebabkan tiada kajian jangka masa lama dijalankan ke atas manusia, tidak diketahui sama ada Sucralose selamat digunakan sebagai gula sebenar yg semulajadi. Gula selamat digunakan oleh manusia untuk lebih 2,000 tahun.

ADAKAH SUCRALOSE LEBIH MAHAL DARI GULA SEBENAR YG SEMULAJADI?
Ya.

KENAPA KEBANYAKAN PENGELUAR TIDAK MENGGUNAKAN SUCRALOSE?
Semestinya kerana kebanyakan orang diluar sana sudah mengetahui bahawa sucrolase adalah bahaya kepada kesihatan.

Ada company tidak membongkarkan kebenaran sebenar penggunaan sucralose dalam produk mereka. Sebagai contoh:
  • Ada yg menyatakan produk ‘Sugar Drop – Natural Sugar Replacement, Derived from Sugar Cane Extract’. Hakikatnya tidak betul kerana disitu sudah jelas bahawa proses ekstrak gula adalah proses kimia dimana molekul klorin digunakan untuk menggantikan kumpulan hidroksil.
  • Ada juga sesetengah company menggunakan Al-Quran sebagai bahan untuk melariskan produk walaupun sebenarnya produk tersebut adalah sucralose.
  • Sekarang juga ada company menghasilkan gula ekstrak menggunakan nano teknologi. Benda yg sama yg terhasil sebenarnya iaitu Sucralose.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kesan bahaya Sucralose ke atas kesihatan manusia boleh klik link di bawah:
  1. ttp://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-eating/sucralose-splenda-4-health-risks.html










Comments

Anonymous said…
oh.selama ini kita guna gula yg bahaya la..kena cepat2 tukar produk yg lebih baik.ada x produk yg sesuai?
Anonymous said…
Anak-anak memang suka minuman dan makan yang manis tapi kandungan gula atau penganti gula tinggi...kene cari alternatif yang lebih sihat..mujur terbaca ini

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...