Skip to main content
BAHAYA MINUMAN 3 in 1 !!!!!


Anda suka minum minuman 3 in 1 tak? Anda tahu tak apa risiko yang membahayakan mengambil minuman 3 in 1 ni? Antara salah satunya ialah dalam paket minuman mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu menambah tenaga.
Tujuan kandungan gula ini dilebihkan kerana untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman tersebut. Sering kali terpampang di televisyen akan bahayanya gula berlebihan didalam makanan dan minuman. Gula yang berlebihan boleh menyebabkan peminum mengidap penyakit karies gigi, kencing manis, kerosakan pada gigi dan sebagainya.

Selain kandungan gula yang amat tinggi lebih dari 3 sudu teh, kebanyakkan minuman 3 in 1 menggunakan krimer susu bukan bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Jika anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes yang suka meminum minuman 3 in 1 ni secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit anda menjadi lebih serius.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan dengan jadual kerja harian tambahan pula kosnya yang murah antara RM 1.00 ke RM 2.00 bagi setiap paket menyebabkan minuman 3 in 1 sangat popular kerana mudah dibancuh walaupun ditempat kerja.
Pengambilan minuman ini bukanlah tak dibenarkan, tetapi perlu diambil secara bersederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain lebih-lebih lagi sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes dan penyakit jantung. 

INFO KANDUNGAN MINUMAN 3 IN 1
  • Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan      menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi
Ada yang mengatakan bahawa minuman 3 in 1 mengandungi kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng. Hakikat sebenarnya, kandungan tersebut amat sedikit kerana setiap bahan tersebut sangat mahal dan sangat sukar untuk diperolehi. Adalah tidak logik sekiranya satu paket minuman 3 in 1 itu dijual dengan harga RM 1.50 ke RM 2.00 sekiranya kandungan bahan tersebut banyak.


Oleh itu, haruslah kita sedar bahawa nilai kesihatan itu amat tinggi jika dibandingkan dengan wang. Ramai di kalangan kita lebih mementingkan nilai wang dari kesihatan sendiri sekaligus melupakan aspek kesihatan. Memang tidak disangkal, kesibukan memaksa kita, tetapi perlu diingatkan bahawa janganlah kita memandang rendah terhadap kesihatan kita bak kata pepatah sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kami di SteviaSugar Corporation boleh membantu anda yang mengalami masalah diabetes,mahupun nak elakkan diri dari terkena diabetes,karies gigi ataupun kanser.


Pelbagai produk kami yang sesuai untuk anda dan keluarga.Bukan sahaja mengawal kadar gula dalam darah malah untuk kesihatan seisi keluarga.

Antara produk kami adalah Dr Sweet Stevia Drops (mudah di bawa ke mana sahaja,seperti ke kedai makan ataupun melancong ),Dr Sweet Spoonable (sesuai  digunakan dalam masakan,minuman dan membuat kuih muih),Dr Sweet Goat Milk (susu kambing elok bayi dalam kandungan untuk mengelakkan anak terkena penyakit jaundis dan stevia dalam susu kambing boleh mengelakkan ibu yang mengandung terkena penyakit gestional diabetes),
Dr Sweet Tea (tea yang sudah ada stevia.mudah di bancuh hanya letak air panas sahaja sudah maniss!!!boleh terus minum!!).



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka Melindungi dari pe

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak      Pokok Chaya terken

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya deng