Skip to main content

Gula : Punca Gemuk


Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pengambilan gula secara berlebihan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya.
Ini kerana gula merupakan makanan tanpa khasiat yang paling banyak diambil dan memudaratkan.

Gula akan menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Gula juga akan menyingkirkan zat yang sedia ada di dalam tubuh. Gula juga merupakan faktor utama kegemukan!


Kegemukan juga merupakan antara penyakit yang berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan. Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu. Ini kerana tubuh kita akan menukar sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila tubuh perlukan tenaga.


Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

Minuman berkarbonat 500ml - 14.4 sudu teh

Minuman dalam tin tanpa karbonat 350 ml - 9.6 sudu teh

Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

Bijirin sarapan bersalut madu 220g - 10.1 sudu teh

Ubat batuk (botol kecil) - 15.8 sudu teh

Aiskrim coklat sepotong (saiz biasa) - 7.7 sudu teh

Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

Rempah ayam segera (1 pek) - 4.7 sudu teh

Minuman berkultur (1 botol kecil) - 2.7 sudu teh

Susu pekat manis (tin kecil) - 35.5 sudu teh

Ketahuilah bahawa hanya 10 sudu teh (36 gram) merupakan had pengambilan gula harian yang disarankan oleh American Heart Association!

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...