Dr Irfan Unal
    Pemanis semulajadi Stevia cukup terkenal sebagai pengganti gula dalam minuman. Tetapi, tahukah anda Stevia juga boleh digunakan dalam masakan?

    Untuk posting kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda resepi agar-agar kelapa menggunakan Stevia yang serba ringkas, mudah dan enak untuk anda cuba di rumah. Resepi ini sedap dihidang sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Selamat mencuba!



RESEPI AGAR-AGAR KELAPA STEVIA




Bahan-bahan:
  • Dr Sweet Stevia Powder (1/2 sudu teh)
  • Gula Perang (2 sudu teh)
  • Serbuk Agar-Agar (1 sudu teh)
  • Buah Kelapa Muda (2 biji)


Cara-cara:
  • Tuangkan kesemua air kelapa muda ke dalam bekas yang kosong
  • Korek isi kelapa menggunakan sudu dan masukkan isinya ke dalam bekas yang berasingan
  • Tuangkan air kelapa ke dalam periuk, kemudian masukkan gula perang, serbuk Stevia dan serbuk agar-agar
  • Gunakan api yang perlahan, kacau adunan hingga semua gula dan Stevia telah larut dan mula mendidih
  • Angkat periuk dan tuangkan adunan agar-agar ke dalam mangkuk
  • Tuangkan isi kelapa ke dalam mangkuk yang berisi adunan agar-agar
  • Biarkan agar-agar sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk semalaman
  • Keluarkan dari peti ais dan sedia untuk dihidang


 Youtube Channel: Steviasugar Corporatio





   Ikuti kami di Youtube untuk dapatkan lebih banyak resepi menarik menggunakan Stevia! 
    
0 Responses