Dr Irfan Unal

Semua tahu akan kebaikan susu.
Namun begitu,
Kebanyakan orang suka minum susu lembu berbanding susu kambing.
Bila ditanya kenapa dan jawapannya mesti 
"Saya tidak suka bau kambing la".. 
dan pelbagai lagi.

Tetapi, sebanarnya susu kambing lebih berkhasiat berbanding susu lembu.


KELEBIHAN SUSU KAMBING

1) Susu kambing lebih senang dihadam berbanding susu lembu
- Molekul lemak dalam susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu

2) Susu kambing sekata secara semulajadi
- Jika tinggalkan susu lembu di atas meja sekejap, lemak akan terpisah dan timbul di atas.
Susu lembu perlu diproses untuk sekatakan teksturnya.
Berbeza dengan susu kambing, ianya telah pun sekata secara semulajadi dan tidak perlu diproses.

3) Susu kambing mengandungi kurang lactose (Gula susu)
- Sesetengah orang mempunyai kurang enzim lactase (Menghadamkan lactose), jadi mereka akan cuba mengelakkan makanan yang mengandungi Lactose.
Tapi, susu kambing sesuai bagi mereka yang mengalami "Lactose intolerence" disebabkan ianya mengandungi kurang lactose berbanding susu lembu.

4) Susu kambing kurang alergik berbanding susu kambing.
- Alergik dengan susu disebabkan oleh protein (Alpha s1 Casein).
Tapi, susu kambing mengandungi kurang protein tersebut.

5) Susu kambing mempunyai nutrien lebih berbanding susu kambing
- Susu kambing mengandungi Vitamin A dan B1.


Walaupun susu kambing mempunyai rasa yang agak kurang enak.
Siapa tahu anda akan menyukainya lebih dari makanan lain jika anda berikan peluang untuk merasainya.


0 Responses