Dr Irfan Unal
Pavlova merupakan antara makanan kesukaan ramai. Dan hari ini, kami sediakan untuk anda satu resepi sihat Pavlova dengan stevia.

Jom tengok bagaimana cara menyediakannya.

Stevia Pavlova
Stevia Pavlova

Bahan-bahan:

  • 2 putih telur
  • 3/4 sudu besar SureVia Spoonable
  • 1/2 sudu teh cuka
  • 1 sudu besar teh jagung
Toping
  • 2/3 cawan yogurt asli rendah lemak
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanilla
  • 1/2 sudu teh SureVia Spoonable
  • 1/2 cawan raspberi
Cara-caranya:
  1. Panaskan ketuhar kepada 100 C dan sediakan dulang pembakar dengan kertas pembakar.
  2. Masukkan SureVia Spoonable dan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga sangat pekat.
  3. Masukkan cuka dan tepung jagung, kacau perlahan-lahan dengan spatula. Tuangkan meringue atas kertas pembakar pada keseluruhan bulatan sebesar pinggan.
  4. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga warna kekuningan. Matikan ketuhar dan biarkan sejuk dalam ketuhar dengan pintu direngganakan sedikit (Kira-kira satu jam).
  5. Pukul yogurt dengan vanilla dan SureVia dan curahkan ke atas meringue tadi. Kemudian, susun raspberi di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba & Stay tune bersama kami untuk resepi selanjutnya !
2 Responses
  1. Anne Says:

    Sedapnya...my favorite.lepas ni bleh cuba resepi ni.thanks for sharing.


  2. Welcome,we will share more recipe in the future and be sure to follow our blog