Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Tak Pernah Nampak Buah Jambu Mawar?

  Dr Irfan Buah Jambu Berbau Ros? Pernah dengar tentang  buah jambu mawar ? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah unik ini.       Pokok ini berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya. Nama-nama lain jambu ini adalah seperti chompu namdokmai(Thailand), Tampoy (Filipina), Chom'-puu (Kemboja), Bo Dao (Vietnam), dan apple rose/ melabar (English).      Mungkin buahnya tidak kelihatan menarik, tetapi keistimewaan buah jambu mawar adalah kerana jambu ini mempunyai bau atau aroma yang wangi iaitu bau "ros". Buah jambu mawar biasanya dimakan segar. Buah ini susah dijumpai di pasaran dan mungkin kalau ada pun di kawasan pendalaman atau di kampung.      Jambu ini berbentuk seperti loceng (lonjong) atau oval, dengan isinya berwarna putih kekuningan dan teksturnya berair. Jambu ini akan berwarna kuning ketika matang.   Buah jambu mawar     Tingginya sekita...

Apa Itu Ceri Surinam?

Ceri Surinam, Buah Eksotik yang Rasanya Masam Manis! Memiliki rupa mirip labu yang bersaiz mini,   atau nama lainnya Surinam cherry merupakan sejenis pokok renek yang sering dimakan segar atau dibuat jeruk. Ceri Surinam adalah tanaman eksotik yang berasal daripada negara Amerika Selatan yang dapat tumbuh dengan baik di kebun atau di dalam rumah. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan dan sebagai pokok buah untuk dimakan. Variasi warna buah ceri surinam Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 8m, mempunyai bunga berwarna putih , pucuk kemerahan, daun berwarna hijau muda kekelabuan (pucuk dan daun muda) dan hijau tua berkilat (daun tua).Mereka mempunyai aroma damar ringan, yang dirasakan ketika digosok di tangan. Manakala, buah ceri surinam yang  berwarna hijau  mempunyai rasa kelat yang teramat masam (belum matang),separa masak ketika ia  berwarna oren (ketika matang) ,  apabila dah  berwarna merah  ia mempunyai rasa masam-masam manis yang cu...