Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Apa Itu Bunga Telang?

  Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu ! Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang  memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia.  Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi  terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru. NAMA SPESIES: CLITORIA TERNATEA KELUARGA: FABACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN ASIA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH  TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI Kebaikan bunga telang Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaran...

Apa Itu Misai Kucing?

  Misai Kucing, Tumbuhan Herba Tradisional! Adakah anda kenal tanaman herba yang rupanya seakan kumis kucing iaitu Misai Kucing ? Pokok misai kucing atau nama inggerisnya Java Tea atau Cat's Whiskers popular sebagai tumbuhan untuk taman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan herba ini juga bukan semusim jadi ia boleh hidup lama. Herba misai kucing telah digunakan di Asia Tenggara sejak beratus tahun dahulu oleh para pengamal perubatan tradisional untuk merawat pebagai penyakit berkaitan buah pinggang dan pundi kencing. Bukan itu sahaja, Misai kucing mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke-20. NAMA SPESIES: ORTHOSIPHON ARISTATUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: PERMUKAAN DAUNNYA LICIN DAN BERWARNA HIJAU DAUN TUMBUH TERSUSUN DALAM PASANGAN BERTENTANGAN BUNGANYA MEMPUNYAI FILAMEN PANJANG SEAKAN MISAI KUCING BATANG POKOK LAZIMNYA BERBENTUK SEGI EMPAT BERBULU PENDEK BOLEH MENCECAH K...

Apa Itu Buah Ajaib?

  Buah Ajaib - Tumbuhan Unik Pengubah Rasa! Buah ajaib Pernah dengar tentang 'buah ajaib'? Jika anda belum pernah makan buah ajaib ini, pasti anda teringin untuk mencubanya! Buah ajaib atau nama Inggerisnya Miracle Berry atau Miracle Fruit merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Barat. Buah ini dikatakan ajaib kerana apabila anda makan buah ajaib dan kemudian anda cuba makan benda lain seperti buah lemon yang masam, anda akan mendapati buah lemon tersebut sudah tidak rasa masam lagi sebaliknya ia akan r asa manis seperti gula-gula . Jadi anda boleh makan lemon dengan mudah. Sungguh menakjubkan! Reaksi pertama setelah mencuba buah ajaib Buah ajaib boleh mengubah rasa Selain sifatnya yang unik, buah ajaib juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang  bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya: Mengawal paras gula dalam darah ✨ Buah ajaib digelar superfruit kerana ia kaya dengan antioksidan dan nutrisi penting yang dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. M...