Dr Irfan Unal

 Ros Jepun, Bunga Cantik Pelengkap Landskap!


    Ros Jepun merupakan tumbuhan unik yang mempunyai pelbagai nama seperti Moss-Ross Purslane, Sun Rose dan Rock Rose. Bunga Ros Jepun akan berkembang pada 10 pagi dan menguncup kembali pada waktu petang. Bukan itu sahaja, daun Ros Jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma.



NAMA SPESIES:
PORTULACA GRANDIFLORA

KELUARGA:
PORTULACACEAE

ASAL:
ARGENTINA, SELATAN BRAZIL DAN URUGUAY

CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK TIRUS DAN TEBAL
MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA-WARNI
BATANG POKOK LEMBUT BERWARNA HIJAU KECOKLATAN
MENCAPAI KETINGGIAN KURANG DARI 30CM


Antara kegunaan tumbuhan Ros Jepun adalah:

  • Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan
  • Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik

    Ros Jepun mula menarik perhatian ramai sebagai tanaman hiasan kerana tumbuhannya yang bersaiz comel dan warna bunga-bunganya yang bervariasi dan memukau pandangan. Jadi, bolehlah berkunjung ke kebun kami, Kebun Reyhan untuk menyaksikan tanaman Ros Jepun mahupun berurus niaga dengan kami untuk pembelian pokok bunga!
Dr Irfan Unal

Roselle, Tumbuhan Serbaguna yang Bernilai!


    Roselle atau nama lainnya asam paya, asam kumbang atau asam susur mula diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia lebih dari 3 abad yang lalu. Tumbuhan ini turut dianggap sebagai 'Pokok Emas' atau tumbuhan serbaguna kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Roselle juga merupakan antara tumbuhan yang kami usahakan di Kebun Reyhan untuk menghasilkan produk baru Dr Sweet yang akan datang!



NAMA SPESIES:
HIBISCUS SABDARIFFA 

KELUARGA:
MALVIACEAE

ASAL:
AFRIKA TIMUR DAN SELATAN TIMUR ASIA

CIRI-CIRI:
BATANG, TANGKAI DAN DAHAN KESELURUHAN BERWARNA MERAH

BUNGA BERWARNA KUNING MUDA DAN MERAH JAMBU

BUAH ROSELLE BERWARNA MERAH TUA TERDIRI DARI 5 KALIKS YANG BERCANTUM DI PANGKAL

MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER 



Roselle bukan sahaja kaya dengan Vitamin A dan C malah mineral. Antara kelebihan yang terdapat pada Roselle adalah:

  • Melancarkan peredaran aliran darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Mencegah kanser
  • Merawat selesema atau demam panas
  • Melegakan masalah resdung dan lelah
  • Mencegah radang salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mengubati pening kepala/migrain
  • Melambatkan proses penuaan


    Kelopak bunga Roselle sering dimanfaatkan sebagai bahan minuman sama ada sirap, teh mahupun jus. Nak buat sirap Roselle menggunakan Stevia? Hanya lerai-leraikan kelopak Roselle, basuh sehingga bersih, tambahkan Stevia secukup rasa dan rebus dengan air di atas dapur. Biarkan menggelegak sehingga kelopak Roselle menjadi lembut, tapiskan dan siap!

 
Dr Irfan Unal

 Perkembangan terkini di Kebun Reyhan!


    Seperti yang anda semua tahu, ladang SteviaSugar Corporation bertempat di dua buah lokasi iaitu di Serdang dan Hulu Langat. Ladang kami di Serdang telah diberi nama "Kebun Reyhan" yang bermaksud herba yang harum atau heaven flower. 

    Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di Kebun Reyhan antaranya tumbuhan kunyit hitam, halia hitam, sambung nyawa dan limau kasar. Yang paling menarik, Kebun Reyhan akan dibuka sepenuhnya bukan sahaja untuk lawatan umum malah untuk urusan pembelian biji benih, buah-buahan dan lain-lain. 

    Selain itu, pokok-pokok herba yang diusahakan di kebun juga akan menjadi bahan mentah untuk penghasilan produk terbaru keluaran Dr Sweet, contohnya minuman teh segera. Ikuti progres kami di Kebun Reyhan pada posting yang akan datang!


Antara tumbuhan yang diusahakan dan ditanam di Kebun Reyhan



Mencantikkan kawasan kebun dengan tumbuhan 
berbunga harum dan tumbuhan herba


Dr Irfan Unal

Orange Aubergine, Terung Comel Seperti Tomato!


    Jika anda datang ke Kebun Reyhan kami, anda juga berpeluang untuk melihat tumbuhan Orange Aubergine yang kami usahakan di kebun. Pokok Orange Aubergine berasal dari Turki dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Turkish Orange Eggplant, Mock Eggplant dan Garden Eggs. Walaupun buah Orange Aubergine mempunyai biji yang agak banyak tapi ia mempunyai rasa yang lebih manis berbanding buah terung lain.



NAMA SPESIES:
SOLANUN INTEGRIFOLIUM

KELUARGA:
SOLANACEAE

ASAL:
TURKI

CIRI-CIRI:
BUAH BERSAIZ BOLA TENIS SEPERTI TOMATO
BUAH BERWARNA OREN TERANG DAN BERJALUR HIJAU
DAUN BERWARNA HIJAU KEBIRUAN
BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 2-4 KAKI 



Jadi apakah kelebihan yang ada pada Orange Aubergine?
  • Antikanser seperti mencegah, melawan dan membaiki sel yang rosak
  • Kaya dengan bioflavonoids bagi melawan kanser
  • Mengandungi lycopene sebagai sumber antioksidan
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Merawat gigitan kala jengking dan merawat radang dingin
  • Kaya dengan mineral dan vitamin, iaitu vitamin C dan K


    Disebabkan isi buahnya mempunyai rasa yang amat manis dan berperisa, Orange Aubergine sering digunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan stew, kari mahupun dalam vegetarian diet seperti veggie pizza. Jadi, jika anda ingin mendapatkan Orange Aubergine, boleh terus berurusan dengan kami!

Hubungi kami di WhatsApp: 011-23884535


Dr Irfan Unal

 Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!


    Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari.




NAMA SPESIES:
SOLANUM LASIOCARPUM 

KELUARGA:
SOLANACEAE

ASAL:
ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN

CIRI-CIRI:
BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU
BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH
BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER 



Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah:
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Memerangi Osteoporosis
  • Menurunkan risiko kanser
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka
  • Melindungi dari penyakit mata


    Buah Terung Asam kaya dengan khasiat semulajadi yang bagus untuk kesihatan. Bagi 100g Terung Asam, ia mempunyai nilai pemakanan air (89g), protin (1.4g), lemak (1g), serat (1.5g), kalsium (13mg) dan tenaga sebanyak 168kJ. Terung Asam juga mengandungi solanine yang berfungsi sebagai bahan saponin dalam darah.


    Pokok Terung Asam adalah antara tumbuhan yang sedang kami usahakan di Kebun Reyhan. Jadi, jika anda ingin mendapatkan buah Terung Asam, boleh terus hubungi kami segera!


Hubungi kami di WhatsApp: 011-23884535




Dr Irfan Unal

 Biji yang Kaya Khasiat, Buah Pulur!


    Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.

    Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri. 




NAMA SPESIES:
ARTOCARPUS CAMANSI

KELUARGA:
MORACEAE

ASAL:
NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA

CIRI-CIRI:
BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE

POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT

BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN

KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER 


    Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutrisi dan boleh dimakan. Apabila bijinya direbus, teksturnya empuk seakan isi kentang dan boleh menggantikan ubi kentang dalam masakan.


Kebaikan memakan biji Buah Pulur untuk kesihatan adalah:
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyembuhkan penyakit kulit
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Melancarkan sistem pencernaan 
  • Merawat kelemumur, kegatalan kulit kepala dan rambut rosak
  • Mengurangkan reaksi alergi
  • Menyembuhkan penyakit Rheumatoid Arthritis
   
     Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke ladang kami yang bakal siap tidak lama lagi, anda boleh melihat tanaman Buah Pulur yang sedang kami usahakan. Nak tanam pokok Buah Pulur? Boleh terus beli dari kami! 

Hubungi kami di WhatsApp: 011-23884535



Dr Irfan Unal

 Haruman kuat dan manis, Bunga Melur!


    Pokok bunga Melur merupakan antara tumbuhan berbunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan berbunga harum amat popular terutamanya dalam industri penghasilan minyak wangi. Terdapat lebih dari 200 spesies tumbuhan Melur yang telah dikenalpasti dan bunganya terdiri daripada warna putih, kuning mahupun merah. Selain nama Melur, tumbuhan ini turut dipanggil sebagai Jasmine, Melati dan Sri Gading.





NAMA SPESIES:
JASMINUM SAMBAC

KELUARGA:
OLEACEAE

ASAL:
ASIA TROPIKA

CIRI-CIRI:
BUNGA BERWARNA PUTIH BERBAU HARUM
DAUN BERBENTUK OVATE, LICIN DAN BERBULU HALUS DI BAWAH PERMUKAAN DAUN
TUMBUHAN MALAR HIJAU JENIS BELUKAR RENEK
KETINGGIAN POKOK ANTARA 0.5 - 3 METER



 Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok bunga Melur adalah:
  • Merawat sakit mata dan asma
  • Merawat masalah resdung
  • Merawat gigitan serangga berbisa
  • Mengurangkan sakit kepala dan stres
  • Menguatkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Menurunkan berat badan secara semulajadi
  • Menambahkan pengeluaran air susu ibu


    Teh Melur dipercayai dapat membantu membakar kalori dan menyingkirkan toksik dalam badan jika diamalkan selalu. Jadi apa tunggu lagi, nikmati teh Melur bersama Stevia sebagai minuman menyihatkan lagi menyegarkan!





Dr Irfan Unal

Subang Nenek, Anestetik dan Penambah Perisa Semulajadi!


    Jika anda kunyah daun Subang Nenek, anda akan mengalami sensasi seperti meletakkan bateri 9V pada lidah dan jika anda kunyah bunganya, mata akan mula berair dan air liur akan mula memenuhi mulut sehingga anda terasa seperti hendak muntah.

    Subang Nenek merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana bunganya apabila dimakan akan memberi efek seperti dibius kekebasan. Disebakan itu, Subang Nenek diberi jolokan 'Toothache Plant' dan dikenali sebagai Electric Daisy. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'Eyeball plant' dan 'Butang Baju Siti Fatimah' disebabkan rupa bunganya yang seakan-akan bebola mata atau butang baju.


 

NAMA SPESIES:
ACMELLA OLERACEAE

KELUARGA:
ASTERACEAE

ASAL:
BRAZIL

CIRI-CIRI:
BUNGA KECIL-KECIL DAN TUMBUH SECARA KLUSTER
BUNGA BERWARNA MERAH BERCAMPUR KUNING KEEMASAN
BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN LICIN DAN DAUNNYA BERBENTUK OVATE 
KETINGGIAN POKOK MENCECAH 16 INCI



    Kelebihan yang terdapat pada Subang Nenek dari sudut kesihatan adalah:
  • Melegakan sakit gigi, gusi dan sakit tekak 
  • Merawat stomatitis atau inflamasi dalam mulut
  • Melegakan masalah dermatitis
  • Sebagai diuretik semulajadi
  • Merangsang pengeluaran air liur
  • Mengurangkan sakit gastrik ulser
  • Membantu menegangkan kulit wajah

    Daun Subang Nenek yang ditumbuk lumat dan disapu pada gigi boleh melegakan sakit gigi. Jika ditambah pada hidangan stew atau salad, ia boleh meningkatkan rasa hidangan, menambah kemanisan makanan justeru menaikkan lagi selera makan anda.

    Tumbuhan ini bukan sahaja ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet malah diusahakan secara meluas di kebun kami untuk dihasilkan sebagai produk herba baharu. Stay tuned untuk mengetahui lebih banyak info mengenai tumbuhan herba di Taman Herba Mini Dr Sweet!




Dr Irfan Unal

 Cape Jasmine Gardenia, Pokok Berbunga Wangi Putih Bersih!


    Cape Jasmine Gardenia atau lebih mesra dikenali sebagai Bunga Cina Kampung merupakan tumbuhan berbunga yang kebiasaannya dijumpai tumbuh meliar di negara Vietnam, Selatan Cina, Korea, Taiwan, Japan, Myanmar, India dan Bangladesh. Tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet ini dinamakan Cape Jasmine kerana tumbuhan berbunga ini dipercayai berasal dari Cape of Good Hope, South Africa. 


NAMA SPESIES:
GARDENIA JASMINOIDES

KELUARGA:
RUBIACEAE

ASAL:
ASIA

CIRI-CIRI:
 POKOK RENEK MALAR HIJAU DENGAN DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT
MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA PUTIH YANG AMAT WANGI
 BATANGNYA BERKAYU, BERCABANG DAN BERWARNA KEKELABUAN
KETINGGIAN POKOK 1- 2 METER


    Cape Jasmine Gardenia bukan sahaja berbau harum malah penuh dengan manfaat. Antaranya:

  • Menyembuhkan demam dan sakit tekak
  • Merawat masalah inflamasi pada mata
  • Sebagai aromaterapi bagi mengatasi depresi
  • Mengurangkan masalah obesiti
  • Melawan jangkitan dan merawat luka
  • Meningkatkan kognisi dan melindungi memori
  • Melegakan saluran penghadaman


    Anda juga boleh menikmati homemade teh Cape Jasmine Gardenia bersama Stevia. Ambil campuran bunga dan daunnya dan racik-racikkan sehingga penuh 1/4 cawan. Kemudian, tambahkan air panas sehingga penuh 1 cawan. Biarkan selama 5 minit, tapis dan ambil airnya. Tambahkan Serbuk Stevia untuk memaniskan teh dan sedia untuk dihidangkan. 

    Minuman ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah, meredakan stress, asma dan memberikan efek menenangkan. Anda boleh dapatkan Serbuk Stevia Dr Sweet sekarang di:





 Tumbuhan Cape Jasmine Gardenia