Dr Irfan Unal
Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!


    Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.


    Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone. 

    
    Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau. 





NAMA SPESIES:
ANGELICA KEISKEI KOIDZUMI

KELUARGA:
APIACEAE

ASAL:
JEPUN

CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK MAJMUK DAN BATANG POKOK BERUAS SERTA BERALUR
TEKSTUR DAUN SEAKAN DAUN SADERI ATAU PARSLEY
MENGELUARKAN GETAH KUNING YANG DIPANGGIL CHALCONE
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2-3 METER


  • Menguatkan sistem imun badan
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengatasi penyakit Alzheimer
  • Melancarkan pengaliran haid yang tidak teratur 
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah Osteoporosis
  • Memerangi sel-sel kanser
  • Merawat ulser perut, gout dan gastroesofagus refluks
  • Mengatasi masalah sembelit


    Air daun Ashitaba sesuai diminum sebagai teh manakala daun Ashitaba pula enak dicampurkan ke dalam minuman smoothie dan jus. Selain itu, daun Ashitaba juga boleh ditambah ke dalam hidangan salad atau dicampurkan bersama bahan-bahan kegemaran anda yang lain untuk dijadikan sushi.


    Ingin mengenali tumbuhan herba lain yang terdapat di kebun kami? Ikuti posting kami pada minggu hadapan!

0 Responses