Dr Irfan Unal
Pelbagai Jenis Tumbuhan di Taman Herba Mini Dr Sweet!


    Di samping mengusahakan ladang di Serdang dan Hulu Langat, Dr Irfan Unal turut mengusahakan taman herba mini beliau sendiri di Ibu Pejabat SteviaSugar Corporation. Jika anda berkunjung ke HQ kami, anda boleh melihat terdapat pelbagai spesies tumbuhan dan tanaman herba yang ditanam di halaman bangunan pejabat. 


    Tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan antara spesies tumbuhan yang mampu bertahan dalam keadaan iklim di Malaysia. Antara tumbuhan yang terdapat di taman herba mini adalah pohon Stevia, pokok limau kasturi, ulam raja, mulberi dan lemon myrtle. Selain mengindahkan pemandangan, tumbuhan-tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai khasiat menarik yang bermanfaat dari segi kesihatan.


    Bukan sekadar menyejukkan mata yang memandang, tumbuhan-tumbuhan di taman herba mini Dr Sweet juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada para pelawat yang sedang mencari spesies pokok herba yang hendak ditanam di halaman rumah atau individu yang mengimpikan taman herba mini mereka sendiri. 


    Ingin mengetahui info-info menarik untuk setiap jenis tanaman herba yang terdapat di taman herba mini Dr Sweet? Kekal bersama kami di posting yang akan datang!





 Pemandangan hijau yang menyegarkan 





 Tanaman herba yang penuh dengan khasiat semulajadi 



.

 Variasi tumbuhan yang ditanam di laman 



0 Responses