Dr Irfan Unal

Tapak Ladang Baru di Serdang dan Hulu Langat!


Antara misi Steviasugar Corporation pada tahun 2020 adalah untuk merasmikan kawasan ladang yang baru di dua buah lokasi, iaitu di Serdang dan di Hulu Langat. Selain menjadi tapak semaian bagi penanaman tumbuhan Stevia, kami juga akan menanam pelbagai jenis tumbuhan herba, sayur-sayuran serta buah-buahan.


Proses untuk membajak tanah dan membuat batas tanaman menggunakan mesin power tiller akan dilaksanakan sebaik sahaja kawasan tanah dilapangkan. Selain itu, proses membaik pulih saluran paip air untuk water sprinkler, membaiki dan memasang rumah hijau juga sedang giat dijalankan di kedua-dua lokasi ladang tersebut.  Ladang di Serdang dan di Hulu Langat dijangka siap pada tahun ini juga dan bakal dibuka untuk lawatan tidak lama lagi.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tumbuhan yang akan ditanam di ladang baru kami, ikuti perkembangan kami menerusi posting yang akan datang.



    
 Tanah yang dibajak 




 Rumah hijau yang sedang dibaik pulih 




 Tapak semaian dalam rumah hijau 




 Kawasan tanah yang dilapangkan 




0 Responses