Dr Irfan Unal


Kenali 2 jenis herba, Tropical Oregano dan Ginger Bush!


    Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang ditanam di Kebun Steviasugar Corporation. Antaranya adalah pokok Bangun-Bangun ataupun lebih mesra dikenali sebagai Tropical Oregano serta pokok Ginger Bush. Kedua-dua spesies herba ini terkenal dengan aroma herba yang wangi dan menenangkan.






NAMA SPESIES:
 PIECTRANTHUS AMBOINICUS

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
KENYA HINGGA AFRIKA SELATAN, SEMENANJUNG ARAB, INDIA

CIRI-CIRI:
DAUN BERSAIZ SEDERHANA BESAR BERBENTUK HATI
DAUN TEBAL DAN SEKELILING DAUN BERGERIGI
DAUN MEMPUNYAI AROMA YANG KUAT SEPERTI OREGANO
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1.2 METER



    Pokok Tropical Oregano mempunyai pelbagai nama gelaran seperti pokok ubat batuk, hati-hati hijau dan Cuban Oregano. Selain itu, daun Tropical Oregano mempunyai aroma yang lebih kuat daripada Greek Oregano. Disebabkan aromanya seakan Oregano, daun pokok Tropical Oregano sering digunakan dalam masakan terutamanya untuk memperasakan daging dan memperisakan sup ataupun stew.  


    Banyak manfaat yang boleh didapati daripada pokok Tropical Oregano. Antaranya adalah:

  • Meningkatkan daya imunisasi badan
  • Menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis
  • Merawat masalah sembelit, sakit perut dan sakit kepala
  • Melegakan masalah ekzema, melecur dan gigitan serangga
  • Melancarkan pengaliran darah dalam badan
  • Sebagai penghalau nyamuk semulajadi


    Pokok Ginger Bush yang berasal dari Afrika Selatan dan Afrika Timur ini juga mempunyai beberapa nama lain iaitu Misty Plum Bush dan Musk Bush. Di samping itu, daun Ginger Bush terkenal sebagai bahan pewangi semulajadi disebabkan aromanya yang harum serta menyegarkan.  





NAMA SPESIES:
 TETRADENIA RIPARIA

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR

CIRI-CIRI:
BATANG POKOK LEMBUT DAN AGAK MELEKIT
DAUN BERWARNA HIJAU TERANG 
DAUN MEMPUNYAI AROMA SEPERTI HALIA DAN SERAI WANGI
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER



     Antara kebaikan yang boleh diperoleh daripada pokok Ginger Bush adalah:

  • Melegakan masalah senak dan sakit dada
  • Menyembuhkan batuk, demam dan malaria
  • Melegakan cirit-birit, sakit perut dan sakit kepala
  • Merawat sakit tekak dan ulser mulut
  • Melegakan masalah bengkak kaki

Ikuti kami di Youtube untuk menyaksikan lebih banyak paparan menarik mengenai tumbuhan herba!



 Youtube Channel: Steviasugar Corporation 


 

0 Responses