Dr Irfan Unal

Mulberi, Tumbuhan Comel Yang Penuh Khasiat!


    Salah satu tumbuhan yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation adalah pokok Mulberi. Pokok Mulberi merupakan tumbuhan yang popular kerana ditanam secara meluas oleh pengeluar benang sutera untuk dijadikan makanan ulat sutera. Selain nama Mulberi, pokok ini juga dikenali sebagai Bebesaran atau Kertau. Terdapat lebih daripada 10 spesies pokok Mulberi yang ditanam di kebun kami di Ladang Stevia Hulu Langat.




NAMA SPESIES:
MORUS

KELUARGA:
MORACEAE

ASAL:
BENUA ASIA, AMERIKA LATIN, AFRIKA 

CIRI-CIRI:
DAUN POKOK BERURAT, BERCUPING DAN TEPINYA BERGERIJI
BUAH BERBENTUK MAJMUK DAN SAIZNYA DALAM 2-3 CM PANJANG
MUDAH DIBIAKKAN SECARA KERATAN BATANG ATAU KAEDAH TUT
KETINGGIAN POKOK JARANG MELEBIHI 10-15 METER



    Bukan sahaja buah Mulberi, daun pokok Mulberi juga terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Mulberi adalah:

  • Mengawal dan mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengawal kandungan gula dalam darah (sugar blocker)
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Meredakan sakit senggugut bagi wanita haid
  • Melegakan batuk, selsema dan demam panas 
  • Meredakan bengkak mata
  • Melambatkan proses penuaan kulit wajah


    Buah Mulberi enak dimakan terus atau dijadikan jus dan jem. Manakala, daun Mulberi segar yang telah direbus boleh diminum untuk melegakan batuk, demam panas dan selsema. Di Steviasugar, kami juga menghasilkan Ekstrak Mulberi Hitam dari buah Mulberi Hitam berkualti tinggi dari Turki


Dapatkan Ekstrak Mulberi Hitam anda segera menerusi laman Steviasuagar Corportion di bawah:






0 Responses