Dr Irfan Unal


Memperkenalkan ramuan kedua: COSTUS IGNEUS (Tumbuhan Insulin)



Diabetes adalah salah satu penyakit yang paling ditakutkan oleh kebanyakan orang. Pasalnya diabetes sangat mudah menyerang siapapun. Bagi anda yang sering mengambil makanan junk food, minum-minuman berkarbonat atau alkohol, dan menjalani gaya hidup yang tidak sihat, sudah seharusnya berwaspada. Kerana diabetes tidak mengenal usia.

Kerana ketakutan akan penyakit diabetes, banyak yang melakukan segala cara untuk mengubati dan mencegah penyakit diabetes. Salah satu cara yang dilakukan dengan memakan herbal iaitu daun insulin. Adakah anda sudah mengenal herbal yang satu ini? Jika belum, jom baca penjelasannya!



Sekilas tentang penyakit diabetes
Menurut data daripada World Health Organization (WHO), kira-kira 422 juta penduduk dunia adalah positif menghidap diabetes. 1.6 juta orang meninggal setiap tahun disebabkan oleh diabetes. 1 daripada 3 orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.

Hal ini menunjukan bahawa betapa mengerikannya ancaman daripada penyakit diabetes. Malah, banyak di kalangan kita yang masih belum sedar akan bahaya penyakit tersebut. Padahal WHO sendiri telah membentuk dua program untuk menangani penyakit ini.

Pertama, mereka membantu mengurangkan penyakit diabetes yang ada. Kedua, kempen tentang kualiti hidup kepada semua orang agar terhindar daripada penyakit Diabetes.



Manfaat daun insulin dalam perubatan penyakit diabetes
Pada tahun 2010 para sarjana di National Institute of Health menemui sebuah tanaman yang berkhasiat untuk membantu menurunkan kadar gula darah bagi para pesakit diabetes. Tanaman ini bernama daun insulin.

Bagi sebagian besar orang mungkin masih asing mendengar nama tanaman tersebut. Namun sesuai dengan namanya, manfaat daun insulin membantu dalam perubatan penyakit diabetes.

Daun insulin (costus igneus) berasal dari India dan masih satu keluarga jenis tanaman costaceae. Kandungan fruktosa yang ada pada daun insulin dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah dan hal ini telah dibuktikan oleh para sarjana yang terus mengembangkan manfaat daun insulin ini.

Memakan daun insulin secara sistematik dapat mencegah komplikasi kesihatan di kemudian hari yang diakibatkan oleh penyakit diabetes. Adapun cara memakan daun insulin untuk membantu mengubati diabetes adalah dengan merebus beberapa helai daun insulin ke dalam air selama 10 minit dan meminum air rebusan daun insulin tersebut 2 kali sehari secara tertib.

Tidak ada aturan dos tertentu untuk mengamalkan daun insulin, bergantung dengan kemampuan anda. Namun dianjurkan sebaiknya meminumnya dua kali sehari, di pagi hari sekali dan di malam hari sekali sebelum tidur. Tidak ada kesan sampingan apapun daripada memakan daun insulin, meskipun anda mengamalkannya lebih daripada dua kali sehari. Jika ada keraguan, sebaik-baiknya dapatkan nasihat secara langsung kepada doktor.

Di sebalik manfaat daun insulin dalam membantu mengubati penyakit diabetes, ternyata manfaat daun insulin sangatlah baik untuk kesihatan lain seperti masalah batu ginjal, tekanan darah tinggi, mencegah kanser, meningkatkan imuniti, menurunkan kadar kolestrol, membunuh bakteria, dan membantu mengubati asma.

Adakah anda tertarik untuk mencuba dan merasakan khasiatnya?




0 Responses