Skip to main content

TIPS KELUARKAN GULA DARI DAPUR ANDA ?

Di sini kami ingin kongsikan 10 tips bagaimana nak "buang" gula dari dapur anda.

Tips ini berdasarkan dari buku yang kami postkan dalam entry sebelum ini iaitu, "Get The Sugar Out".

Masih ingat lagi buku ini.



10 Tips Bagaimana Cara Buang Gula dari Dapur :

1. Cara paling senang adalah dengan cara memberhentikan penggunaan gula dalam makanan atau minuman anda.



2. Singkirkan bahan karbohidrat dari dapur anda.

  • Karbohidrat seperti nasi putih, roti putih dan pasta akan ditukarkan kepada gula dalam badan dan akan mengganggu gula dalam darah dan sistem kawalan lemak badan.
Sumber Karbohidrat
3. Amalkan pengambilan makanan yang tidak diproses sepenuhnya oleh badan.

  • Contohnya; ayam, daging, ikan, telur, kekacang, bijirin, sayuran dan buah-buahan. 
4. Kurangkan pengambilan pemanis atau makanan yang manis walaupun yang semulajadi.

5. Berhati-hati dengan makanan Bebas Lemak.
  • Kebanyakan pengeluar makanan yang memaparkan "Bebas Lemak" sebenarnya tidak menyatakan bahawa ianya adalah produk yang kaya gula.
6. Gantikan makanan yang semulajadi.
  • Semakin banyak makanan diproses, semakin cenderung untuk menaikkan gula dalam darah.
7. Jadilah detektif makanan
  • Ketahui maklumat penting makanan yang diambil contohnya; berapa grams gula dalam makanan, apa kandungannya, dan berapa manis makanan itu bagi anda.
Contoh label kandungan nutrisi makanan

8. Makan untuk rasa dan nutrisi yang baik. 

9. Dengar pada tubuh anda.
  • Contoh, jika anda cergas pada permulaan selepas makan coklat tetapi dua jam kemudian anda rasa lesu, cepat marah dan tertekan, maksudnya badan anda ingin menyatakan sesuatu. Cuba elakkan pengambilannya yang membuatkan anda lebih baik dalam jangka masa panjang - mental, emosi dan fizikal.
10. Makan kerap tapi pemakanan yang seimbang.

Carta Pemakanan Seimbang
Banyak lagi info yang membantu dalam diet seharian dalam buku ini. Moga perkongsian entry kali ini membantu diet anda. :-)

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka Melindungi dari pe

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak      Pokok Chaya terken

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya deng