Dr Irfan Unal

Source : New Straits Times, 4th January 2012.
Teh Tarik - Sememangnya sudah menjadi hidangan wajib bagi masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi tahukah anda, pengambilan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukanlah satu pilihan yang baik dari segi kesihatan?? Ini telah disahkan berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dimana teh tarik mengandungi kandungan gula yang berlebihan dari jumlah yang dibenarkan iaitu 8g untuk setiap 100ml minuman. Tahukah anda, kandungan gula di dalam teh tarik adalah sebanyak 12g untuk setiap 100ml?!
Teh tarik juga sering dikaitkan sebagai punca utama kepada penghidap kencing manis (diabetes) yang semakin meningkat di Malaysia sehingga ke tahap yang begitu membimbangkan! Oleh itu, orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan teh tarik dan gula di dalam setiap makanan dan minuman untuk gaya hidup yang lebih sihat. Bak kata pepatah Melayu;
‘’Mencegah adalah lebih baik dari merawat.’’
Sayangilah diri dan keluarga anda! Gantikan penggunaan gula dengan pemanis Stevia. Ianya lebih selamat dan yang paling penting, ia tidak mengandungi sebarang kalori!!

Untuk berita selanjutnya sila layari; http://www.nst.com.my/local/general/sweet-threat-in-teh-tarik-1.27506
Labels: edit post
0 Responses