Skip to main content

Posts

Ochna Integerrima atau nama lain Yellow Mai Terkenal di Vietnam

  Varieti Ocha Integerrima yang unik dan jarang ditemui!      Ochna integerrima atau lebih dikenali sebagai bunga Mai kuning  (Thai: ช้างน้าว Chang nao),   (Vietnam: mai vàng, hoa mai, hoàng mai di selatan Vietnam. Di alam liar, ia adalah spesies pokok kecil atau pokok renek (2-7 m tinggi).       Di Vietnam, aprikot kuning dianggap sebagai pokok popular yang banyak keluarga pilih untuk dipamerkan di dalam dan di luar rumah semasa Perayaan Tet atau Tahun Baru Lunar. Hal ini kerana imej daripada pokok aprikot kuning membawa pelbagai maksud seperti menyatakan sifat baik orang, membawa kemesraan apabila Tet datang dan sebagainya.      Bunga kuning terang melambangkan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran dan dianggap dapat mengusir roh jahat. Ia juga dipercayai bahawa lebih banyak kelopak terdapat pada bunga mai kuning, lebih bertuah anda untuk sepanjang tahun! NAMA SAINTIFIK: OCHNA INTEGERRIMA NAMA SPESIS: APRIKOT KUNING, YELLOW MAI, HAO MAI, MAI VANG ASAL: VIETNAM Yellow Mai Antara  manf
Recent posts

Kenali 6 Jenis Basil atau Selasih

Kebun Reyhan di Hulu Langat Ada Banyak Jenis Pokok Basil atau Selasih ! Dr Irfan        Ladang Steviasugar Corporation bertempat di Kebun Reyhan, Hulu Langat. Reyhan diambil daripada nama gadis muslim asal Turki yang bermaksud nama tumbuhan atau selasih  (Malaysia) atau basil (English) atau kemangi (Indonesia).  Kebun Reyhan      Kebiasaannya daun basil digunakan dalam masakan ala barat seperti spaghetti, pasta dan sebagainya. Namun tahukah anda bahawa basil atau selasih sebenarnya mempunyai pelbagai jenis? Lalu, apa saja jenis daun basil tersebut? Untuk mengetahuinya, boleh scroll sampai habis. Jangan skip tau.  NAMA SAINTIFIK: OCIMUM BASILICUM ASAL: ASIA TENGGARA NAMA LAIN: BASIL, SELASIH, KEMANGI Pokok Lemon Basil 1) Lemon Basil      Lemon basil mempunyai rasa herba yang unik, manis dan masam dengan rasa yang memang seperti lemon dicampur dengan anise. Pada akhir musim panas, tumbuh-tumbuhan juga menghasilkan bunga putih kecil wangi lemon yang mekar pada bract hijau muda yang panja

Pokok Badang di Pantai Penarik, Terengganu

  Banyak Khasiat Pokok Duri Badang yang orang Malaysia masih belum tahu!      Pokok yang dikenali sebagai Pokok Badang ini biasa tumbuh di kawasan terbuka tepi pantai.Di Thailand, Pokok Badang atau Cây Thạch Găng amat terkenal dengan pembuatan jeli malah ada yang menggunakan sebagai perubatan bagi merawat penyakit gingivitis.       Namun, ramai orang Malaysia masih belum tahu tentang khasiat atau kegunaan daripada pokok badang walaupun terdapat banyak pokok badang di Pantai Penarik, Terengganu.  Pokok ini menyukai cahaya, tahan kemarau, boleh menahan angin laut dan keadaan kering pantai yang keras. Bunga pokok badang Mengenal pasti ciri :  Pokok kecil 4 - 10 m tinggi; Cawangannya nipis, tergantung, dengan dahan berbulu lembut, dengan duri lurus atau mendatar, panjang 1 - 5 cm. Daunnya terbalik atau bujur, dekat hujung, bulat atau runcing di hujung, tajam di pangkal, hijau di atas, dengan bulu putih lembut dan kekuningan di bawah, 2.5 - 13 cm panjang; 1.5 – 4.5 cm lebar. Bunganya berwar

6 Jenis Mint yang Ditanam dan Dijual Dari Kebun Reyhan

  Pudina, Tumbuhan Harum Berangin!      Pokok pudina adalah salah satu bau yang paling mudah dikenali, digunakan dalam berpuluh-puluh gula-gula dan pencuci mulut. Pudina digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai produk komersial seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan makanan. Kebanyakannya mengenali spearmint dan pudina, tetapi tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis tumbuhan pudina wujud?       Selama beribu-ribu tahun, pudina telah ditanam untuk kegunaan perubatan. Rasa pudina menyegarkan selain ia turut menyihatkan. Minyak patinya digunakan secara meluas dalam produk yang dikilangkan seperti ubat gigi, gel mandian dan ubat-ubatan      Dalam senarai ini, adalah beberapa jenis pudina yang terdapat di Kebun Reyhan kami di Hulu Langat. Anda boleh menanam serta menggunakan aroma dan perisa yang unik. Anda akan terkejut dengan pelbagai jenis perisa yang boleh anda tanam. Ini antara pokok mint yang ditanam dan dijaga secara organik di Kebun Reyhan. 1. Japanese Pepperm

Apa Itu Ceri Barbados?

Ceri Barbados, Buah Ceri Sarat Vitamin C!      Siapa yang suka menanam pokok yang cantik dan membuahkan hasil (boleh dimakan), ini pokok untuk anda. Ceri Barbados atau nama lainnya ceri Cina, Acerola dan Barbados cherry merupakan sejenis tumbuhan renek yang mana buahnya seakan-akan buah epal yang bersaiz kecil yan terbentuk secara gugusan. Buah ceri Barbados mempunyai rasa yang manis dan sedikit kelat. NAMA SPESIES: MALPIGHIA EMARGINATA KELUARGA: MALPIGHIACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN AMERIKA TENGAH CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK RINGKAS BERWARNA HIJAU GELAP BUNGANYA KECIL-KECIL BERWARNA MERAH JAMBU BUAH BERKILAT, MERAH TERANG MIRIP EPAL KECIL BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN MATANG SEHINGGA 12 KAKI Pokok Ceri Barbados Antara manfaat kesihatan yang terdapat pada ceri Barbados adalah: Mengawal kencing manis Meningkatkan memori dan daya ingatan Menguatkan sistem imunisasi badan Meningkatkan metabolism badan Menguatkan tulang dan gigi Melancarkan pencernaan Mencegah penyakit jantung Melambatkan

Apa itu Buah Tarap?

  Buah Tarap Popular Di Sabah? Dr Irfan     Bagi penggemar buah tempatan, sudah tentu kita teruja apabila tibanya musim durian atau dikenali sebagai raja segala buah. Apatah lagi pada musim durian tiba, kawasan pasar atau tepi jalan pasti menjadi tumpuan orang ramai membeli. Namun berbeza dengan orang di Sabah, buah eksotik popular dan diminati masyarakat adalah buah tarap atau dikenali sebagai "timadang" dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun.       Buah Tarap adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah yang sangat terkenal dengan rasa yang cukup sedap. Pokok buah tarap mudah tumbuh dan subur di kawasan Sabah yang beriklim tropika. Ketika anda cuba makan buah tarap ini pasti akan sedar betapa bertuahnya dapat merasa buah tarap kerana ada rasa manisnya lain dari rasa manis buah yang lain.  Buah tarap     Pokok dan buah ini dipercayai memang berasal dari Borneo atau Filipina. Buah ini juga dikenali sebagai Kiran di Sarawak. Buah ini mempunyai rupa bentuk yang bulat da

Khasiat Pokok Kelor Sebenar

Apa Khasiat Pokok Kelor Sebenarnya? Dr Irfan     Ramai yang mengemari buah kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera dari keluarga Moringacea kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Pokok ini dikenali dengan pelbagai nama sepeerti pokok drumstik (horse-radish tree), murunga (Sri Langka), melungai atau mulangai:   முருங்கை  (India),  辣木 (China) , atau marum:  มะรุม   (Thailand) . Buah kelor      Pokok Kelor sebenarnya mengandungi lebih tinggi vitamin C berbanding dengan buah oren dan lebih kandungan protein jika dibanding dengan kacang pea manakala kandungan kalsium lebih tinggi daripada susu dan kaliumnya lebih tinggi daripada pisang sementara kandungan zat besi lebih tinggi daripada bayam (spinach). Sangat menakjubkan betul tak?      Pokok kelor NAMA SAINTIFIK: MORINGA OLEIFERA NAMA MALAY: MERUNGGAI, KELOR, KACANG KELOR NAMA INGGERIS:  MORINGA, HORSE RADISH TREE, DRUMSTICK TREE ASAL:  INDIA &a