Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

BUAH MENTEGA KACANG

Peanut Butter Fruit, Buah Mentega Kacang atau nama saintifiknya Bunchosia Argentea mula menarik ramai peminat buah-buahan eksotik kerana namanya yang menarik dan rasa yang unik. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya rasa sebenar yang terkandung dalam buah ini. Adakah rasanya seperti jem mentega kacang yang sering dipromosikan atau namanya sebenarnya tiada kaitan dengan rasa? Jika anda penggemar rasa mentega kacang, buah ini mungkin boleh memenuhi selera anda! Sifat Buah Mentega Kacang      Sebenarnya, buah ini beraroma seperti kacang dan berasa lemak manis (creamy). Buah mentega kacang ini berasal dari Colombia dan Venezuela. Sifat tumbuhannya yang renek dan bermalar hijau membuatkan sebahagian penanamnya menjadikan pokok ini sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya pula  berukuran kecil dan lonjong, kira-kira seukuran jari kelingking. Kulitnya nipis (seperti kulit tomato) yang semula jadi berwarna hijau kemudian akan berubah menjadi jingga dan akhirnya berwarna mer...