Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Apa Itu Akar Meliau?

  Akar Meliau, Tumbuhan Berbunga Ungu yang Menarik!       Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijual di Kebun Reyhan termasuklah pokok-pokok bunga. Salah satu pokok bunga yang popular dalam kalangan peminat pokok bunga adalah Akar Meliau.  Dikenali juga dengan nama Inggerisnya Laurel Clockvine, Akar Meliau adalah tumbuhan menjalar yang mengeluarkan bunga seakan bentuk trumpet.  NAMA SPESIES: THUNBERGIA GRANDIFLORA KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: SUB-KONTINEN INDIA, CINA SELATAN DAN MYANMAR CIRI-CIRI: TUMBUHAN MENJALAR YAN TUMBUH SETINGGI 15M DAUN BERWARNA HIJAU TERANG BUNGA UNGU LEMBUT BERBENTUK TRUMPET Antara kegunaan Akar Meliau adalah: Merawat menorrhagia dan jangkitan telinga Meredakan sakit luka dan bisul Dijadikan penawar bisa kala jengking Akar Meliau sering dijadikan tumbuhan pelengkap landskap sama ada sebagai dekorasi pagar atau dinding kerana bunga ungunya yang menyerlah dan menaikkan seri laman. Untuk dapatkan pokok Akar Meliau, hanya layar...

Apa Itu Tulasi?

Tulasi, Herba Sakti yang Sohor di India! Tulasi dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Tulsi, Holy Basil dan Indian Basil . Tumbuhan ini diberi nama Holy Basil kerana dianggap sebagai sacred plant  serta dipercayai membawa maksud "the incomparable one".  NAMA SPESIES: OCIMUM TENUIFLORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERBULU HALUS DAUN BERWARNA KEHIJAUAN ATAU UNGU DAUN OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI TINGGI POKOK ANTARA 30-60CM Tulasi terkenal dalam perubatan ayuverdik kerana dipercayai mampu merawat, mencegah dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Antaranya: Meredakan migrain, mengurangkan insomnia dan anxiety Merawat demam, selsema dan perut berangin  Melegakan sengatan dan gigitan serangga Merawat masalah gangguan usus  Mencegah penuaan pramatang Menurunkan paras gula dalam darah Menguatkan sistem imun badan Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung Mengurangkan stress Menyeimbangkan sistem metabolisma badan Selain dimakan atau dibuat...

Apa Itu Sedap Malam Putih?

  Bunga Wangi Semerbak, Sedap Malam Putih!      Sedap Malam Putih atau nama inggerisnya Night Blooming Jasmine merupakan sejenis tumbuhan berbau wangi yang bukan sahaja popular sebagai minyak wangi bahkan dalam penghasilan produk kosmetik. Sifat unik tumbuhan ini adalah aroma bunganya kerana ia mengeluarkan bau wangi yang kuat lebih-lebih lagi ketika waktu malam. NAMA SPESIES: CESTRUM NOCTURNUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: MEXICO, AMERIKA TENGAH DAN CUBA CIRI-CIRI: DAUN ELIPTIK, LICIN DAN BERKILAT RANTING MUDA BERBULU HALUS BUNGA PUTIH KEHIJAUAN HINGGA KRIM BOLEH TUMBUH SETINGGI 4 METER   Apakah kelebihan penggunaan Sedap Malam Putih dari segi kesihatan? Merawat lecur, luka dan inflamasi kulit Melegakan gejala epilepsi Mengurangkan bengkak dan inflamasi sendi disebabkan arthritis Mengatasi peluh malam     Selain Sedap Malam Kuning, Sedap Malam Putih juga ada dijual di Kebun Reyhan kami. Nak jadikan Sedap Malam Putih sebagai tanaman pagar hiasan y...

Apa Itu Sambung Nyawa?

  Sambung Nyawa, Tumbuhan Herba Pengubat Pelbagai Penyakit!           Selain Sambung Nyawa Batik, tumbuhan Sambung Nyawa juga ditanam di Kebun Reyhan kami.  Tumbuhan yang mendapat jolokan 'Daun Dewa' ini merupakan sejenis pokok herba yang berpotensi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak banyak digunakan dalam perubatan di Asia Tenggara contohnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.  NAMA SPESIES: GYNURA PROCUMBENS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: CINA, ASIA TENGGARA DAN AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN     Sebenarnya, b anyak manfaat yang boleh diperoleh dari Sambung Nyawa. Air rebusan daun Sambung Nyawa segar boleh diminum sebagai ubat manakala daun segar yang digiling sehingga lumat boleh dijadikan ubat pupuk untuk disapu di tempat yang sakit.  Antara  manfaat Sambung Nyawa untuk kesihatan adalah: Menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Merawat mas...