Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Apa Itu Gymnema?

  Pokok Pemusnah Gula, Gymnema!      Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda , pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda.  NAMA SPESIES: GYMNEMA SYLVESTRE KELUARGA: APOCYNACEAE ASAL: AFRIKA  TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP  MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU     Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema  yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena  dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut: Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada ...

Apa Itu Mulberi?

Mulberi, Tumbuhan Comel Yang Penuh Khasiat!      Salah satu tumbuhan yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation adalah pokok Mulberi. Pokok Mulberi merupakan tumbuhan yang popular kerana ditanam secara meluas oleh pengeluar benang sutera untuk dijadikan makanan ulat sutera. Selain nama Mulberi, pokok ini juga dikenali sebagai Bebesaran atau Kertau. Terdapat lebih daripada 10 spesies pokok Mulberi yang ditanam di kebun kami di Ladang Stevia Hulu Langat. NAMA SPESIES: MORUS KELUARGA: MORACEAE ASAL: BENUA ASIA, AMERIKA LATIN, AFRIKA  CIRI-CIRI: DAUN POKOK BERURAT, BERCUPING DAN TEPINYA BERGERIJI BUAH BERBENTUK MAJMUK DAN SAIZNYA DALAM 2-3 CM PANJANG MUDAH DIBIAKKAN SECARA KERATAN BATANG ATAU KAEDAH TUT KETINGGIAN POKOK JARANG MELEBIHI 10-15 METER     Bukan sahaja buah Mulberi, daun pokok Mulberi juga terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Mulberi adalah: Mengawal dan mengurangkan kolestrol da...

Herbal Talk: Tropical Oregano dan Ginger Bush

Kenali 2 jenis herba, Tropical Oregano dan Ginger Bush!      Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang ditanam di Kebun Steviasugar Corporation. Antaranya adalah pokok Bangun-Bangun ataupun lebih mesra dikenali sebagai Tropical Oregano serta pokok Ginger Bush.  Kedua-dua spesies herba ini terkenal dengan aroma herba yang wangi dan menenangkan. NAMA SPESIES:  PIECTRANTHUS AMBOINICUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: KENYA HINGGA AFRIKA SELATAN, SEMENANJUNG ARAB, INDIA CIRI-CIRI: DAUN BERSAIZ SEDERHANA BESAR BERBENTUK HATI DAUN TEBAL DAN SEKELILING DAUN BERGERIGI DAUN MEMPUNYAI AROMA YANG KUAT SEPERTI OREGANO MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1.2 METER      Pokok Tropical Oregano mempunyai pelbagai nama gelaran seperti pokok ubat batuk, hati-hati hijau dan Cuban Oregano. Selain itu, daun Tropical Oregano mempunyai aroma yang lebih kuat daripada Greek Oregano. Disebabkan aromanya seakan Oregano, daun pokok Tropical Oregano sering digunakan dalam m...

Apa Itu Stevia?

       Stevia, Pemanis Semulajadi! NAMA SPESIES:  STEVIA REBAUDIANA BERTONI  KELUARGA:  ASTERACEAE ASAL:   AMERIKA SELATAN TERUTAMANYA PARAGUAY & BRAZIL CIRI-CIRI: TUMBUHAN HERBA BERBATANG LEMBUT  DAUN BERBENTUK BUJUR  MENGELUARKAN BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA PUTIH MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN >1 METER      Stevia Rebaudiana adalah sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana daunnya terkenal dengan rasa yang manis. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan ini lebih mesra dikenali sebagai Stevia . Disebabkan rasanya yang manis, Stevia juga digelar sebagai daun manis, pokok gula serta candyleaf.       Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada tumbuhan herba Stevia ini. Antaranya:  Menurunkan paras gula dalam darah Mengurangkan tekanan darah tinggi Menurunkan paras kolestrol Mengurangkan masalah keradangan Mengurangkan risiko kanser Membantu untuk mengawal berat badan Menguatkan sistem i...

Stevia Cookbook: Resepi Agar-Agar Kelapa Stevia

     Pemanis semulajadi Stevia cukup terkenal sebagai pengganti gula dalam minuman. Tetapi, tahukah anda Stevia juga boleh digunakan dalam masakan?      Untuk posting kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda resepi agar-agar kelapa menggunakan Stevia yang serba ringkas, mudah dan enak untuk anda cuba di rumah. Resepi ini sedap dihidang sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.  Selamat mencuba! RESEPI AGAR-AGAR KELAPA STEVIA Bahan-bahan: Dr Sweet Stevia Powder (1/2 sudu teh) Gula Perang (2 sudu teh) Serbuk Agar-Agar (1 sudu teh) Buah Kelapa Muda (2 biji) Cara-cara: Tuangkan kesemua air kelapa muda ke dalam bekas yang kosong Korek isi kelapa menggunakan sudu dan masukkan isinya ke dalam bekas yang berasingan Tuangkan air kelapa ke dalam periuk, kemudian masukkan gula perang, serbuk Stevia dan serbuk agar-agar Gunakan api yang perlahan, kacau adunan hingga semua gula dan Stevia telah larut dan mula mendidih Angkat...

Taman Herba Mini Dr Sweet

Pelbagai Jenis Tumbuhan di Taman Herba Mini Dr Sweet!     Di samping mengusahakan ladang di Serdang dan Hulu Langat, Dr Irfan Unal turut mengusahakan taman herba mini beliau sendiri di Ibu Pejabat SteviaSugar Corporation. Jika anda berkunjung ke HQ kami, anda boleh melihat terdapat pelbagai spesies tumbuhan dan tanaman herba yang ditanam di halaman bangunan pejabat.       Tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan antara spesies tumbuhan yang mampu bertahan dalam keadaan iklim di Malaysia. Antara tumbuhan yang terdapat di taman herba mini adalah pohon Stevia, pokok limau kasturi, ulam raja, mulberi dan lemon myrtle . Selain mengindahkan pemandangan, tumbuhan-tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai khasiat menarik yang bermanfaat dari segi kesihatan.     Bukan sekadar menyejukkan mata yang memandang, tumbuhan-tumbuhan di taman herba mini Dr Sweet juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada para pelawat yang sedang mencari spesies pokok herba yang henda...

Ladang Stevia di Serdang dan Hulu Langat

Tapak Ladang Baru di Serdang dan Hulu Langat! Antara misi Steviasugar Corporation pada tahun 2020 adalah untuk merasmikan kawasan ladang yang baru di dua buah lokasi, iaitu di Serdang dan di Hulu Langat. Selain menjadi tapak semaian bagi penanaman tumbuhan Stevia, kami juga akan menanam pelbagai jenis  tumbuhan herba, sayur-sayuran serta buah-buahan. Proses untuk membajak tanah dan membuat batas tanaman menggunakan mesin power tiller akan dilaksanakan sebaik sahaja kawasan tanah dilapangkan. Selain itu, proses membaik pulih saluran paip air untuk water  sprinkler , membaiki dan memasang rumah hijau juga sedang giat dijalankan di kedua-dua lokasi ladang tersebut.  Ladang di Serdang dan di Hulu Langat dijangka siap pada tahun ini juga dan bakal dibuka untuk lawatan tidak lama lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tumbuhan yang akan ditanam di ladang baru kami, ikuti perkembangan kami menerusi  posting yang akan datang.    ...

Steviasugar Corporation Kini di Bangi

        Perasmian Steviasugar Corporation Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi, Selangor !  Steviasugar Corporation Sdn Bhd telah diasaskan oleh Dr Irfan Unal sejak lebih 10 tahun yang lalu sebagai syarikat pembekal dan pengeluar ekstrak Stevia secara semulajadi. Di samping menyediakan produk-produk berasaskan Stevia dan herba yang bermutu tinggi ataupun lebih dikenali sebagai produk Dr Sweet, kami turut menawarkan perkhidmatan OEM bagi membantu para usahawan untuk membina jenama mereka yang tersendiri. Setelah sekian lama beroperasi di Malaysia, pada awal tahun 2020, Ibu Pejabat dan kilang Steviasugar Corporation Sdn Bhd kini telah bertukar lokasi ke Hub Perindustrian Suntrack, Bandar Baru Bangi. Kilang Steviasugar dijangka siap dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2021. Ikuti perkembangan kami di Steviasugar Corporation untuk mengetahui info-info terkini berkenaan produk yang kami hasilkan serta tanaman-tanaman yang kami sedang usahakan untuk...