Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Apa Itu Selasih Thai?

  Selasih Thai, Selasih Popular dalam Sajian Thai!          Pernah dengar tentang Selasih Thai ? Penggunaan Selasih Thai atau Thai Basil amat popular dalam masakan Thai, Vietnam, Laos dan Kemboja kerana keunikan rasanya. Daun Selasih Thai mengeluarkan aroma manis seakan bunga cengkih dan likuoris dengan rasa sedikit pedas. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM VAR. THYRSIFLORA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG BERKILAT DAN SEDIKIT BERGERIGI BUNGA SELASIH BERWARNA MERAH JAMBU KEUNGUAN BATANG SELASIH BERWARNA UNGU KETINGGIAN POKOK SETINGGI 45CM Kebaikan Selasih Thai dari aspek kesihatan adalah: Untuk menguatkan tulang Untuk mencegah kanser Untuk melindungi daripada jangkitan bakteria Untuk merawat rheumatoid arthritis Untuk mengurangkan stress dan kegelisahan ( anxiety )      Selasih Thai merupakan antara spesies selasih yang ditanam di Kebun Reyhan. Jadikan tumbuhan Selasih Thai sebagai pelengkap landskap k...

Apa Itu Radish Merah?

  Radish Merah, Radish Bulat Comel Berwarna Merah!      Radish Merah atau nama lainnya Cherry Belle Radish merupakan sejenis tumbuhan yang cepat bercambah dan mengeluarkan umbi merah bersaiz kecil. Umbinya mempunyai rasa yang agak pedas dan sedap dimakan mentah atau dimasak. Bukan itu sahaja, Radish Merah juga kaya dengan Vitamin C, zat besi dan kalsium. NAMA SPESIES: RAPHANUS SATIVUS KELUARGA: BRASSICACEAE ASAL: CINA CIRI-CIRI: TUMBUHAN SEMUSIM YANG TUMBUH MENEGAK TUMBUH DARI AKAR UMBI YANG KECIL ISI RADISH KEBIASANNYA BERWARNA PUTIH KETINGGIAN POKOK ANTARA 20-100CM Apakah kelebihan makan Radish Merah? Mengurangkan risiko kanser Menaikkan selera makan dan meningkatkan fungsi penghadaman Merawat asma dan sakit dada Menurunkan risiko kencing manis Meningkatkan fungsi hati Nak tanam pokok Radish Merah di laman kediaman anda? Dapatkan anak pokok Radish Merah terus dari Kebun Reyan kami dengan membuat pembelian di: Lazada:   https://www.lazada.com.my/shop/herb...

Apa Itu Turi?

Tanaman Herba Tropika, Pokok Turi!      Vegetable hummingbird atau Pokok Turi merupakan tumbuhan renek bercabang banyak yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika panas dan lembap. Mempunyai jangka hayat selama 20 tahun, tumbuhan ini mampu bertahan dalam cuaca kemarau selama 9 bulan. Namun begitu, dahan Turi mudah patah apabila ditiup angin kencang. NAMA SPESIES: SESBANIA GRANDIFLORA KELUARGA: FABACEAE ASAL: SELATAN ASIA & ASIA TENGGARA  CIRI-CIRI: DAUN TURI BERBENTUK OBLONG HINGGA ELIPTIK BUNGA TURI BERBENTUK KACANG PEA DAN BERSAIZ BESAR MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SETINGGI 15M Apakah kelebihan Pokok Turi? Menurunkan tekanan darah Mencegah penyakit Alzheimer Meredakan migrain dan sakit kepala Meningkatkan sistem imun tubuh Membantu tumbesaran janin Merawat demam dan rheumatism      Pucuk Turi bukan sahaja terkenal dengan kandungan proteinnya yang tinggi malahan sangat popular dalam masakan sayur Turi masak lemak. Teringin nak tanam pokok Turi ...

Apa Itu Sedap Malam Kuning?

  Sedap Malam Kuning, Tanaman Hiasan yang Mekar & Cantik!      Sedap Malam Kuning, apa apa dengan namanya? Tumbuhan berbunga renek dan rimbun ini dikenali sebagai Yellow Cestrum dalam bahasa Inggeris. Walaupun ia tidak mengeluarkan bau wangi seperti Sedap Malam Putih, tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pelengkap landskap yang indah dan sejuk mata memandang. NAMA SPESIES: CESTRUM AURANTIACUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: AMERIKA UTARA DAN SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK MEMANJANG HINGGA OVATE  DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DAN DI TENGAHNYA HIJAU TERANG SAIZ BUNGA AGAK BESAR, TUMBUH SECARA KLUSTER DAN BERWARNA OREN BUAHNYA BERUPA BERI BERWARNA PUTIH      Nak cantikkan halaman rumah dengan tumbuhan Sedap Malam Kuning? Hubungi kami sekarang di 011-23884535 atau layari laman Lazada dan Shopee kami untuk membeli pokok Sedap Malam Kuning terus dari Kebun Reyhan! Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/ https://www.lazada.com.my/s...

Apa Itu Selasih Limau?

 Selasih Limau, Tumbuhan Segar Berbau Lemon!      Tahukah anda, terdapat lebih kurang 50-150 spesies Selasih yang telah dikenalpasti di seluruh dunia! Salah satu spesies Selasih yang terkenal adalah Selasih Limau ataupun Lemon Basil.  Selasih Limau merupakan spesies Selasih yang unik kerana daunnya mengeluarkan aroma seakan lemon yang menyegarkan sehingga menjadi antara tumbuhan favourite dalam   penyediaan potpourri. NAMA SPESIES: OCIMUM X CITRIODORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN MERUNCING DAN SEDIKIT BERGERIGI DAUN MENGELUARKAN AROMA LEMON YANG KUAT BUNGANYA KECIL BERWARNA PUTIH TUMBUH SETINGGI 20-40 CM Antara manfaat Selasih Limau dari aspek kesihatan adalah: Untuk merawat jangkitan bakteria dan parasit usus Untuk meredakan demam dan selsema Untuk membantu mengatasi masalah penghadaman Untuk meredakan migrain Untuk merawat jerawat, sengatan serangga dan jangkitan kulit     Daun, bunga dan biji Selasih Limau boleh dim...

Apa Itu Markisa?

Markisa, Buah Kecil yang Kaya Nutrisi!      Pernah minum jus buah  Markisa ? Tahukah anda, secara botanikalnya buah Markisa adalah sejenis beri ? Terdapat lebih daripada 200 spesies Markisa di Amazon dan setiap hidangan buah Markisa hanya mengandungi 17 kalori. Markisa juga dikenali dengan nama Inggerisnya iaitu Passion Fruit.  NAMA SPESIES: PASSIFLORA EDULIS KELUARGA: PASSIFLORACEAE ASAL:  AMERIKA SELATAN - BRAZIL, PARAGUAY, UTARA ARGENTINA  CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MEMANJAT DENGAN PANJANG ANTARA 0.5-2 METER DAUN BERBENTUK TAPAL KUDA ATAU "V" DAN BUAH BERBENTUK OVOID BUAH BERTUKAR KUNING, KUNING KEHIJAUAN ATAU UNGU APABILA MASAK BUNGA MEMPUNYAI KELOPAK PUTIH DAN DI TENGAHNYA UNGU GELAP Apakah kebaikan makan buah Markisa? Untuk mencegah kanser Untuk meningkatkan kesihatan tulang Untuk merawat insomnia Untuk melancarkan sistem penghadaman  Untuk melegakan asma Untuk menurunkan tekanan darah       Selain buahnya dibuat jus, d...