Dr Irfan Unal
Petikan dari akhbar Berita Harian Isnin 18 April 2011.
Sambungan artikel pada muka 2


makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat malaysia menhidap penyakit tidak berjangkit dan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun di bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti dan diebetes.

"Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pnegarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Dr Safurah Jaafar.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat adalah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau pertumbuhan anak mereka.

"Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah, dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar," katanya.

Menganai jangkitan Adenoviris di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Port Dickson, Liow berkata, daripada 84 pelatih yang dijangkiti virus hanya 23 orang masih menerima rawatan.

"Daripada jumlah itu, lima dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), termasuk seorang pelatih Pulapol yang disahkan mengalami gejala penyakit menyamai Influenza (ILI). Bagaimanapun keadaan mereka stabil.
Dr Irfan Unal





The images taken at MIHAS 2011 AT KLCC Convention Center booth no C122-C123 at Hall 4 from 10am untill 7pm starting from 6th-9th April 2011.
Dr Irfan Unal
SteviaSugar at MIHAS 2011. Come to SteviaSugar booth no C122-123 at Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC from 10am untill 7pm starting from 6th – 9th April 2011. We will give you a taste of our zero calorie StebianA Stevia.

Memoir from previous MIHAS 2010, KL