Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Apa Itu Bunga Telang?

  Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu ! Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang  memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia.  Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi  terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru. NAMA SPESIES: CLITORIA TERNATEA KELUARGA: FABACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN ASIA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH  TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI Kebaikan bunga telang Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaranya: Mengubati bisul atau

Apa Itu Misai Kucing?

  Misai Kucing, Tumbuhan Herba Tradisional! Adakah anda kenal tanaman herba yang rupanya seakan kumis kucing iaitu Misai Kucing ? Pokok misai kucing atau nama inggerisnya Java Tea atau Cat's Whiskers popular sebagai tumbuhan untuk taman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan herba ini juga bukan semusim jadi ia boleh hidup lama. Herba misai kucing telah digunakan di Asia Tenggara sejak beratus tahun dahulu oleh para pengamal perubatan tradisional untuk merawat pebagai penyakit berkaitan buah pinggang dan pundi kencing. Bukan itu sahaja, Misai kucing mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke-20. NAMA SPESIES: ORTHOSIPHON ARISTATUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: PERMUKAAN DAUNNYA LICIN DAN BERWARNA HIJAU DAUN TUMBUH TERSUSUN DALAM PASANGAN BERTENTANGAN BUNGANYA MEMPUNYAI FILAMEN PANJANG SEAKAN MISAI KUCING BATANG POKOK LAZIMNYA BERBENTUK SEGI EMPAT BERBULU PENDEK BOLEH MENCECAH KETING

Apa Itu Buah Ajaib?

  Buah Ajaib - Tumbuhan Unik Pengubah Rasa! Buah ajaib Pernah dengar tentang 'buah ajaib'? Jika anda belum pernah makan buah ajaib ini, pasti anda teringin untuk mencubanya! Buah ajaib atau nama Inggerisnya Miracle Berry atau Miracle Fruit merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Barat. Buah ini dikatakan ajaib kerana apabila anda makan buah ajaib dan kemudian anda cuba makan benda lain seperti buah lemon yang masam, anda akan mendapati buah lemon tersebut sudah tidak rasa masam lagi sebaliknya ia akan r asa manis seperti gula-gula . Jadi anda boleh makan lemon dengan mudah. Sungguh menakjubkan! Reaksi pertama setelah mencuba buah ajaib Buah ajaib boleh mengubah rasa Selain sifatnya yang unik, buah ajaib juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang  bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya: Mengawal paras gula dalam darah ✨ Buah ajaib digelar superfruit kerana ia kaya dengan antioksidan dan nutrisi penting yang dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Me

Apa Itu Sireh?

  Sireh, Tumbuhan Turun-Temurun Pelbagai Guna! Sebut sahaja sireh pasti anda akan terbayangkan tepak sireh yang digunakan dalam adat isitadat perkahwinan masyarakat Melayu. Tumbuhan yang dikenali sebagai Betel Pepper ini juga adalah suatu komponen utama dalam aktiviti mengunyah sireh yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Namun, perlu diingatkan, tabiat  mengunyah sireh  dengan buah pinang adalah tidak digalakkan kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kanser mulut.   NAMA SPESIES: PIPER BETLE KELUARGA: PIPERACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: DAUN TUMBUH SECARA TUNGGAL BERSELANG-SELI DAUN BERBENTUK JANTUNG MERUNCING MENYERUPAI DAUN KADUK BERAKAR TUNJANG, BULAT BEWARNA COKLAT KEKUNINGAN BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 12 METER Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional kerana kelebihannya yang pelbagai. Antaranya: Membantu merawat masalah keputihan Membantu menghilangkan sakit tekak dan batuk berkahak Menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan bagi wanita di d

Apa Itu Lemon Batik?

  Lemon Batik, Pokok Lemon Berdaun Cantik! Lemon batik atau nama inggerisnya V ariegated Leaf Lemon mudah dikenali dengan dedaunnya yang bercorak. Tumbuhan ini sesuai ditanam di dalam pasu dan ia popular ditanam sebagai tumbuhan hiasan untuk menaikkan seri laman.  NAMA SPESIES: CITRUS LIMON 'FOLIIS VARIEGATIS' KELUARGA: RUTACEAE ASAL: ASIA CIRI-CIRI: POKOK RIMBUN DAN DAUN BERBENTUK LANCEOLATE  DAUN BERCORAK BATIK KUNING KEHIJAUAN SAIZ, BENTUK DAN RASA BUAH SERUPA SEPERTI LEMON  Kebaikan lemon batik termasuklah: Membantu menurunkan berat badan Melegakan demam dan selsema Merawat masalah batuk Mengurangkan kolestrol dalam darah Melegakan sistem pencernaan Lemon batik boleh dimakan seperti lemon dan parutan kulit lemon batik yang aromatik amat sesuai digunakan untuk memperisakan makanan seperti hidangan daging dan ikan.  Anda boleh dapatkan pokok lemon batik dengan cepat dan mudah hanya dengan melayari laman: Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/ https://

Musim Buah di Kebun Reyhan!

Raja Buah dan Buahan-Buahan Bermusim di Kebun Reyhan! Ramai yang tanya di mana lokasi Kebun Reyhan?  Sebenarnya Kebun Reyhan terletak berhampiran Kampung Sungai Tumtum lebih kurang 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Kebun Reyhan kami diusahakan di kawasan hutan tropika yang indah di Sungai Lui,   Hulu Langat. Sejak masuk musim buah di Kebun Reyhan, kami di kebun bekerja siang dan malam untuk memetik dan mengumpul semua buah-buahan organik segar untuk dibekalkan kepada pelanggan kami. Untuk bulan ini, kami telah mula menuai hasil buah-buahan tropika iaitu manggis, durian, duku, langsat, rambutan dan pulasan. Durian atau lebih dikenali sebagai Raja Buah memang sohor dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Di kebun, kami menanam pokok durian kampung yang dikenali dengan saiz pokoknya yang tinggi-tinggi sehingga boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter! Sungguh menakjubkan! Durian kampung adalah unik berbanding varieti durian yang lain kerana rasa isi buahnya bukan sahaja berbeza

Apa Itu Belalai Gajah?

  Belalai Gajah, Tumbuhan Penyembuh Penyakit Kronik! Sabah Snake Grass atau lebih mesra dikenali sebagai Belalai Gajah merupakan sejenis tumbuhan herba bersemak yang banyak khasiat dan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah dalam mencegah kanser. Belalai gajah mempunyai rasa yang sedikit pahit dan merupakan sejenis herba popular di Asia Tenggara terutamanya dalam perubatan tradisional China dan Thailand. NAMA SPESIES: CLINACANTHUS NUTANS KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: CHINA, THAILAND, VIETNAM, MALAYSIA DAN INDONESIA CIRI-CIRI: TUMBUH MENEGAK DENGAN BATANG BERKAYU DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DENGAN BUNGA MERAH MUDA BATANG LEMBUT MEMPUNYAI RUAS-RUAS BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 2.5 METER Sebahagian daripada kebaikan Belalai Gajah untuk kesihatan adalah: Mengawal diabetes Merawat tekanan darah tinggi  Merawat masalah buah pinggang   Membantu melawan kanser  Melegakan ketidakhadaman  Merawat gigitan kala jengking, ular dan serangga  Membantu mengatasi masalah kerap kencing 

Apa Itu Pudina Coklat?

 Pudina Coklat, Tumbuhan Beraroma Mint Segar Bercampur Koko!           Jika anda peminat coklat, anda mungkin menyukai pudina unik ini. Pudina coklat atau Chocolate Mint  merupakan kultivar Peppermint yang boleh dibezakan dari segi batang pokoknya yang agak gelap dan berwarna coklat. Pudina coklat menjadi tarikan kerana daunnya yang beraroma lembut, gabungan pudina dan koko. NAMA SPESIES: MENTHA × PIPERITA F. CITRATA 'CHOCOLATE' KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: EROPAH DAN TIMUR TENGAH CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DENGAN BUNGA BERWARNA LAVENDER BATANG POKOK BERSEGI BERWARNA COKLAT GELAP BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN DALAM 2 METER Antara  kelebihan  yang terdapat pada Pudina Coklat adalah: Untuk mengubati demam Untuk merawat sakit kepala Untuk meningkatkan kualiti tidur Untuk melegakan masalah ketidakhadaman Untk meredakan stress dan anxiety Pudina coklat sering dijadikan tanaman tutup bumi serta digunakan dalam masakan dan minuman terutamanya manisan seperti aiskrim, kek dan meri

Apa Itu Kemuning?

  Kemuning, bunga harun seakan orange blossoms!       Kenapa pokok Kemuning dikenali dengan nama Mock Orange ? Jika anda fikir ia pasti mempunyai kaitan dengan oren, tekaan anda betul!       Kemuning atau nama Inggerisnya Orange Jasmine bukanlah bunga  Jasmine asli walaupun ia juga merupakan pokok bunga yang bersifat harum. Tumbuhan ini menjadi tarikan kerana aroma bunganya berbau orange blossoms yang sungguh menyegarkan bahkan daunnya juga apabila dihancurkan, turut mengeluarkan bau seakan sitrus. NAMA SPESIES: MURRAYA PANICULATA KELUARGA: RUTACEAE ASAL: CINA SELATAN, TAIWAN, BENUA INDIA, ASIA TENGGARA DAN AUSTRALIA UTARA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH DAN HARUM BUAH YANG MASAK BERWARNA OREN ATAU MERAH TERANG TINGGI POKOK ANTARA 2-4M Apakah kebaikan yang terdapat pada Kemuning? Untuk meredakan sakit gigi Untuk merawat bisul  Untuk membantu menurunkan berat badan  Untuk merawat bengkak terseliuh Untuk merawat sakit arthritis Tumbuhan renek ini sering dijadikan tanaman hiasan at

Apa Itu Akar Meliau?

  Akar Meliau, Tumbuhan Berbunga Ungu yang Menarik!       Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijual di Kebun Reyhan termasuklah pokok-pokok bunga. Salah satu pokok bunga yang popular dalam kalangan peminat pokok bunga adalah Akar Meliau.  Dikenali juga dengan nama Inggerisnya Laurel Clockvine, Akar Meliau adalah tumbuhan menjalar yang mengeluarkan bunga seakan bentuk trumpet.  NAMA SPESIES: THUNBERGIA GRANDIFLORA KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: SUB-KONTINEN INDIA, CINA SELATAN DAN MYANMAR CIRI-CIRI: TUMBUHAN MENJALAR YAN TUMBUH SETINGGI 15M DAUN BERWARNA HIJAU TERANG BUNGA UNGU LEMBUT BERBENTUK TRUMPET Antara kegunaan Akar Meliau adalah: Merawat menorrhagia dan jangkitan telinga Meredakan sakit luka dan bisul Dijadikan penawar bisa kala jengking Akar Meliau sering dijadikan tumbuhan pelengkap landskap sama ada sebagai dekorasi pagar atau dinding kerana bunga ungunya yang menyerlah dan menaikkan seri laman. Untuk dapatkan pokok Akar Meliau, hanya layari laman Shopee dan Lazada kami d

Apa Itu Tulasi?

Tulasi, Herba Sakti yang Sohor di India! Tulasi dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Tulsi, Holy Basil dan Indian Basil . Tumbuhan ini diberi nama Holy Basil kerana dianggap sebagai sacred plant  serta dipercayai membawa maksud "the incomparable one".  NAMA SPESIES: OCIMUM TENUIFLORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERBULU HALUS DAUN BERWARNA KEHIJAUAN ATAU UNGU DAUN OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI TINGGI POKOK ANTARA 30-60CM Tulasi terkenal dalam perubatan ayuverdik kerana dipercayai mampu merawat, mencegah dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Antaranya: Meredakan migrain, mengurangkan insomnia dan anxiety Merawat demam, selsema dan perut berangin  Melegakan sengatan dan gigitan serangga Merawat masalah gangguan usus  Mencegah penuaan pramatang Menurunkan paras gula dalam darah Menguatkan sistem imun badan Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung Mengurangkan stress Menyeimbangkan sistem metabolisma badan Selain dimakan atau dibuat minuman,

Apa Itu Sedap Malam Putih?

  Bunga Wangi Semerbak, Sedap Malam Putih!      Sedap Malam Putih atau nama inggerisnya Night Blooming Jasmine merupakan sejenis tumbuhan berbau wangi yang bukan sahaja popular sebagai minyak wangi bahkan dalam penghasilan produk kosmetik. Sifat unik tumbuhan ini adalah aroma bunganya kerana ia mengeluarkan bau wangi yang kuat lebih-lebih lagi ketika waktu malam. NAMA SPESIES: CESTRUM NOCTURNUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: MEXICO, AMERIKA TENGAH DAN CUBA CIRI-CIRI: DAUN ELIPTIK, LICIN DAN BERKILAT RANTING MUDA BERBULU HALUS BUNGA PUTIH KEHIJAUAN HINGGA KRIM BOLEH TUMBUH SETINGGI 4 METER   Apakah kelebihan penggunaan Sedap Malam Putih dari segi kesihatan? Merawat lecur, luka dan inflamasi kulit Melegakan gejala epilepsi Mengurangkan bengkak dan inflamasi sendi disebabkan arthritis Mengatasi peluh malam     Selain Sedap Malam Kuning, Sedap Malam Putih juga ada dijual di Kebun Reyhan kami. Nak jadikan Sedap Malam Putih sebagai tanaman pagar hiasan yang mekar dan harum?  Dapatkan sek

Apa Itu Sambung Nyawa?

  Sambung Nyawa, Tumbuhan Herba Pengubat Pelbagai Penyakit!           Selain Sambung Nyawa Batik, tumbuhan Sambung Nyawa juga ditanam di Kebun Reyhan kami.  Tumbuhan yang mendapat jolokan 'Daun Dewa' ini merupakan sejenis pokok herba yang berpotensi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak banyak digunakan dalam perubatan di Asia Tenggara contohnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.  NAMA SPESIES: GYNURA PROCUMBENS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: CINA, ASIA TENGGARA DAN AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN     Sebenarnya, b anyak manfaat yang boleh diperoleh dari Sambung Nyawa. Air rebusan daun Sambung Nyawa segar boleh diminum sebagai ubat manakala daun segar yang digiling sehingga lumat boleh dijadikan ubat pupuk untuk disapu di tempat yang sakit.  Antara  manfaat Sambung Nyawa untuk kesihatan adalah: Menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Merawat masalah buah pinggang Merawat sembelit, kencing manis dan k

Apa Itu Selasih Thai?

  Selasih Thai, Selasih Popular dalam Sajian Thai!          Pernah dengar tentang Selasih Thai ? Penggunaan Selasih Thai atau Thai Basil amat popular dalam masakan Thai, Vietnam, Laos dan Kemboja kerana keunikan rasanya. Daun Selasih Thai mengeluarkan aroma manis seakan bunga cengkih dan likuoris dengan rasa sedikit pedas. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM VAR. THYRSIFLORA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG BERKILAT DAN SEDIKIT BERGERIGI BUNGA SELASIH BERWARNA MERAH JAMBU KEUNGUAN BATANG SELASIH BERWARNA UNGU KETINGGIAN POKOK SETINGGI 45CM Kebaikan Selasih Thai dari aspek kesihatan adalah: Untuk menguatkan tulang Untuk mencegah kanser Untuk melindungi daripada jangkitan bakteria Untuk merawat rheumatoid arthritis Untuk mengurangkan stress dan kegelisahan ( anxiety )      Selasih Thai merupakan antara spesies selasih yang ditanam di Kebun Reyhan. Jadikan tumbuhan Selasih Thai sebagai pelengkap landskap kediaman anda sekarang dengan melayari: Lazada:  

Apa Itu Radish Merah?

  Radish Merah, Radish Bulat Comel Berwarna Merah!      Radish Merah atau nama lainnya Cherry Belle Radish merupakan sejenis tumbuhan yang cepat bercambah dan mengeluarkan umbi merah bersaiz kecil. Umbinya mempunyai rasa yang agak pedas dan sedap dimakan mentah atau dimasak. Bukan itu sahaja, Radish Merah juga kaya dengan Vitamin C, zat besi dan kalsium. NAMA SPESIES: RAPHANUS SATIVUS KELUARGA: BRASSICACEAE ASAL: CINA CIRI-CIRI: TUMBUHAN SEMUSIM YANG TUMBUH MENEGAK TUMBUH DARI AKAR UMBI YANG KECIL ISI RADISH KEBIASANNYA BERWARNA PUTIH KETINGGIAN POKOK ANTARA 20-100CM Apakah kelebihan makan Radish Merah? Mengurangkan risiko kanser Menaikkan selera makan dan meningkatkan fungsi penghadaman Merawat asma dan sakit dada Menurunkan risiko kencing manis Meningkatkan fungsi hati Nak tanam pokok Radish Merah di laman kediaman anda? Dapatkan anak pokok Radish Merah terus dari Kebun Reyan kami dengan membuat pembelian di: Lazada:   https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/ Shopee:

Apa Itu Turi?

Tanaman Herba Tropika, Pokok Turi!      Vegetable hummingbird atau Pokok Turi merupakan tumbuhan renek bercabang banyak yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika panas dan lembap. Mempunyai jangka hayat selama 20 tahun, tumbuhan ini mampu bertahan dalam cuaca kemarau selama 9 bulan. Namun begitu, dahan Turi mudah patah apabila ditiup angin kencang. NAMA SPESIES: SESBANIA GRANDIFLORA KELUARGA: FABACEAE ASAL: SELATAN ASIA & ASIA TENGGARA  CIRI-CIRI: DAUN TURI BERBENTUK OBLONG HINGGA ELIPTIK BUNGA TURI BERBENTUK KACANG PEA DAN BERSAIZ BESAR MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SETINGGI 15M Apakah kelebihan Pokok Turi? Menurunkan tekanan darah Mencegah penyakit Alzheimer Meredakan migrain dan sakit kepala Meningkatkan sistem imun tubuh Membantu tumbesaran janin Merawat demam dan rheumatism      Pucuk Turi bukan sahaja terkenal dengan kandungan proteinnya yang tinggi malahan sangat popular dalam masakan sayur Turi masak lemak. Teringin nak tanam pokok Turi di halaman rumah? Dapatkan terus d

Apa Itu Sedap Malam Kuning?

  Sedap Malam Kuning, Tanaman Hiasan yang Mekar & Cantik!      Sedap Malam Kuning, apa apa dengan namanya? Tumbuhan berbunga renek dan rimbun ini dikenali sebagai Yellow Cestrum dalam bahasa Inggeris. Walaupun ia tidak mengeluarkan bau wangi seperti Sedap Malam Putih, tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pelengkap landskap yang indah dan sejuk mata memandang. NAMA SPESIES: CESTRUM AURANTIACUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: AMERIKA UTARA DAN SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK MEMANJANG HINGGA OVATE  DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DAN DI TENGAHNYA HIJAU TERANG SAIZ BUNGA AGAK BESAR, TUMBUH SECARA KLUSTER DAN BERWARNA OREN BUAHNYA BERUPA BERI BERWARNA PUTIH      Nak cantikkan halaman rumah dengan tumbuhan Sedap Malam Kuning? Hubungi kami sekarang di 011-23884535 atau layari laman Lazada dan Shopee kami untuk membeli pokok Sedap Malam Kuning terus dari Kebun Reyhan! Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/ https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/ Shopee: https://shopee

Apa Itu Selasih Limau?

 Selasih Limau, Tumbuhan Segar Berbau Lemon!      Tahukah anda, terdapat lebih kurang 50-150 spesies Selasih yang telah dikenalpasti di seluruh dunia! Salah satu spesies Selasih yang terkenal adalah Selasih Limau ataupun Lemon Basil.  Selasih Limau merupakan spesies Selasih yang unik kerana daunnya mengeluarkan aroma seakan lemon yang menyegarkan sehingga menjadi antara tumbuhan favourite dalam   penyediaan potpourri. NAMA SPESIES: OCIMUM X CITRIODORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN MERUNCING DAN SEDIKIT BERGERIGI DAUN MENGELUARKAN AROMA LEMON YANG KUAT BUNGANYA KECIL BERWARNA PUTIH TUMBUH SETINGGI 20-40 CM Antara manfaat Selasih Limau dari aspek kesihatan adalah: Untuk merawat jangkitan bakteria dan parasit usus Untuk meredakan demam dan selsema Untuk membantu mengatasi masalah penghadaman Untuk meredakan migrain Untuk merawat jerawat, sengatan serangga dan jangkitan kulit     Daun, bunga dan biji Selasih Limau boleh dimakan tetapi yang paling kerap digunakan adal