Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Apa Itu Ros Jepun?

  Ros Jepun, Bunga Cantik Pelengkap Landskap!      Ros Jepun merupakan tumbuhan unik yang mempunyai pelbagai nama seperti Moss-Ross Purslane, Sun Rose dan Rock Rose. Bunga Ros Jepun akan berkembang pada 10 pagi dan menguncup kembali pada waktu petang. Bukan itu sahaja, daun Ros Jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma. NAMA SPESIES: PORTULACA GRANDIFLORA KELUARGA: PORTULACACEAE ASAL: ARGENTINA, SELATAN BRAZIL DAN URUGUAY CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK TIRUS DAN TEBAL MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA-WARNI BATANG POKOK LEMBUT BERWARNA HIJAU KECOKLATAN MENCAPAI KETINGGIAN KURANG DARI 30CM Antara kegunaan tumbuhan Ros Jepun adalah: Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik      Ros Jepun mula menarik perhatian ramai sebagai tanaman hiasan kerana tumbuhannya yang bersaiz comel dan warna bunga-bunganya yang bervariasi dan memukau pandangan. Jadi, bolehlah berkunjung ke kebun kami, Kebun Reyhan untuk men

Apa Itu Roselle?

Roselle, Tumbuhan Serbaguna yang Bernilai!      Roselle atau nama lainnya asam paya, asam kumbang atau asam susur mula diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia lebih dari 3 abad yang lalu. Tumbuhan ini turut dianggap sebagai 'Pokok Emas' atau tumbuhan serbaguna kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.  Roselle   juga merupakan antara tumbuhan yang kami usahakan di Kebun Reyhan untuk menghasilkan produk baru Dr Sweet yang akan datang! NAMA SPESIES: HIBISCUS SABDARIFFA  KELUARGA: MALVIACEAE ASAL: AFRIKA TIMUR DAN SELATAN TIMUR ASIA CIRI-CIRI: BATANG, TANGKAI DAN DAHAN KESELURUHAN BERWARNA MERAH BUNGA BERWARNA KUNING MUDA DAN MERAH JAMBU BUAH ROSELLE BERWARNA MERAH TUA TERDIRI DARI 5 KALIKS YANG BERCANTUM DI PANGKAL MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER  Roselle bukan sahaja kaya dengan Vitamin A dan C malah mineral. Antara kelebihan yang terdapat pada Roselle adalah: Melancarkan peredaran aliran darah Mengurangkan tekanan darah tinggi Mencegah penyakit k

Kebun Reyhan

  Perkembangan terkini di Kebun Reyhan!      Seperti yang anda semua tahu, ladang SteviaSugar Corporation bertempat di dua buah lokasi iaitu di Serdang dan Hulu Langat. Ladang kami telah diberi nama  "Kebun Reyhan" yang bermaksud herba yang harum atau heaven flower.       Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di Kebun Reyhan antaranya tumbuhan kunyit hitam, halia hitam, sambung nyawa dan limau kasar. Yang paling menarik, Kebun Reyhan akan dibuka sepenuhnya bukan sahaja untuk lawatan umum malah untuk urusan pembelian biji benih, buah-buahan dan lain-lain.       Selain itu, pokok-pokok herba yang diusahakan di kebun juga akan menjadi bahan mentah untuk penghasilan produk terbaru keluaran Dr Sweet, contohnya minuman teh segera. Ikuti progres kami di Kebun Reyhan pada posting yang akan datang! Antara tumbuhan yang diusahakan dan ditanam di Kebun Reyhan Mencantikkan kawasan kebun dengan tumbuhan  berbunga harum dan tumbuhan herba

Apa Itu Orange Aubergine?

Orange Aubergine, Terung Comel Seperti Tomato!     Jika anda datang ke Kebun Reyhan kami, anda juga berpeluang untuk melihat tumbuhan Orange Aubergine yang kami usahakan di kebun. Pokok Orange Aubergine berasal dari Turki dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Turkish Orange Eggplant, Mock Eggplant dan Garden Eggs. Walaupun buah Orange Aubergine mempunyai biji yang agak banyak tapi ia mempunyai rasa yang lebih manis berbanding buah terung lain. NAMA SPESIES: SOLANUN INTEGRIFOLIUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: TURKI CIRI-CIRI: BUAH BERSAIZ BOLA TENIS SEPERTI TOMATO BUAH BERWARNA OREN TERANG DAN BERJALUR HIJAU DAUN BERWARNA HIJAU KEBIRUAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 2-4 KAKI  Jadi apakah kelebihan yang ada pada Orange Aubergine ? Antikanser seperti mencegah, melawan dan membaiki sel yang rosak Kaya dengan bioflavonoids bagi melawan kanser Mengandungi lycopene sebagai sumber antioksidan Membantu mengurangkan berat badan Merawat gigitan kala jengking dan merawat radang dingin Kaya dengan

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka Melindungi dari pe

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutrisi dan boleh dimakan. Apabila bijinya direbus, teksturnya e

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Melur

 Harum an kuat dan manis, Bunga Melur!     Pokok bunga Melur merupakan antara tumbuhan berbunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan berbunga harum  a mat popular terutamanya dalam industri penghasilan minyak wangi. Terdapat lebih dari 200 spesies tumbuhan Melur yang telah dikenalpasti dan bunganya terdiri daripada warna putih, kuning mahupun merah. Selain nama Melur, tumbuhan ini turut dipanggil sebagai Jasmine, Melati dan Sri Gading. NAMA SPESIES: JASMINUM SAMBAC KELUARGA: OLEACEAE ASAL: ASIA TROPIKA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH BERBAU HARUM DAUN BERBENTUK OVATE , LICIN DAN BERBULU HALUS DI BAWAH PERMUKAAN DAUN TUMBUHAN MALAR HIJAU JENIS BELUKAR RENEK KETINGGIAN POKOK ANTARA 0.5 - 3 METER  Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok bunga Melur adalah: Merawat sakit mata dan asma Merawat masalah resdung Merawat gigitan serangga berbisa Mengurangkan sakit kepala dan stres Menguatkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Menguatkan sistem imun tubuh Menurunk

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Subang Nenek

Subang Nenek,  Anestetik dan Penambah Perisa Semulajadi!     Jika anda kunyah daun Subang Nenek, anda akan mengalami sensasi seperti meletakkan bateri 9V  pada lidah dan jika anda kunyah bunganya, mata akan mula berair dan air liur akan mula memenuhi mulut sehingga anda terasa seperti hendak muntah.      Subang Nenek merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana bunganya apabila dimakan akan memberi efek seperti dibius kekebasan. Disebakan itu, Subang Nenek diberi jolokan 'Toothache Plant' dan dikenali sebagai Electric Daisy. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'Eyeball plant' dan 'Butang Baju Siti Fatimah' disebabkan rupa bunganya yang seakan-akan bebola mata atau butang baju.   NAMA SPESIES: ACMELLA OLERACEAE KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: BRAZIL CIRI-CIRI: BUNGA KECIL-KECIL DAN TUMBUH SECARA   KLUSTER BUNGA BERWARNA MERAH BERCAMPUR KUNING KEEMASAN BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN LICIN DAN DAUNNYA BERBENTUK OVATE   KETINGGIAN POKOK MENCECAH 16 INCI     

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Cina Titan

Bunga Cina Titan, Pokok Berbunga Putih Krim yang Sangat Wangi!           Bunga Cina Titan  atau lebih mesra dikenali sebagai Tahitian Gardenia  merupakan tumbuhan berbunga yang dipercayai berasal dari pantai dataran tinggi Selatan Pasifik. Bunganya yang bersaiz besar bukan sahaja cantik dipandang malah mengeluarkan aroma kuat yang manis dan wangi. NAMA SPESIES: GARDENIA TAITENSIS KELUARGA: RUBIACEAE ASAL: SELATAN PASIFIK CIRI-CIRI:  POKOK RENEK TROPIKA YANG MALAR HIJAU  BUNGANYA BERWARNA PUTIH KRIM YANG AMAT WANGI  DAUNNYA HIJAU GELAP DAN BERKILAT BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 4 METER Antara kelebihan Bunga Cina Titan adalah: Membantu mengatasi masalah sakit kepala Bersifat antiseptik dan anti inflamasi Sebagai tanaman hiasan berbunga yang harum      Anda juga boleh menikmati homemade tea Bunga Cina Titan bersama Stevia. Ambil campuran bunga dan daunnya dan racik-racikkan sehingga penuh 1/4 cawan. Kemudian, tambahkan air panas sehingga penuh 1 cawan. Biarkan selama 5 minit, tapis

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Limau Kasturi

  Limau Kasturi, Tumbuhan Sitrus Kaya Antioksidan!      Limau Kasturi adalah antara buah sitrus yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara terutamanya dalam masakan dan minuman. Tumbuhan sitrus ini mudah ditanam dan hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia.       Calamansi, Calamondin, Phillippine Lime dan Philippine Lemon adalah nama lain bagi Limau Kasturi. Selain mengeluarkan aroma yang wangi, Limau Kasturi kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Menurut kajian yang dilakukan oleh MARDI, 3 biji buah limau kasturi mengandungi kandungan antioksidan Phoretin dan Vitexin bersamaan dengan 10 biji epal dan ianya jauh lebih tinggi dari teh hijau! '  NAMA SPESIES: CITRUS MICROCARPA  KELUARGA: RUTACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA BUAH BERBENTUK SEPERTI BUAH LIMAU LEBIH KURANG BESAR IBU JARI MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 5 METER      Antara kelebihan Limau Kasturi

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Pokok Selasih

  Tanaman Semusim, Pokok Selasih!      Ramai di antara kita yang tidak mengenali apa itu tumbuhan Selasih. Tanaman renek ini sangat popular dalam kalangan tukang masak di negara Eropah khususnya dalam masakan Itali seperti pizza margarita, pasta dan sup tomato.      Pokok Selasih merupakan antara tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet . Tumbuhan ini mengeluarkan aroma yang agak berangin seakan-akan pudina. Selain nama Selasih, tumbuhan ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain seperti  Sweet Basil, Kemangi, Holy Basil dan Thulasi. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK OVAL BERWARNA HIJAU PEKAT BUNGA TERDAPAT DI DAHAN DAN DI HUJUNG BATANG POKOK TERDAPAT RERAMBUT HALUS BERWARNA JERNIH DI BAWAH PERMUKAAN DAUN KETINGGIAN POKOK ANTARA 60 - 70 CM      Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Selasih adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah Menghilangkan kembung perut pada kanak-kanak Mengatasi masal

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Ulam Raja

  Ulam Raja, Mahkota Segala Ulam!       Pokok Ulam Raja merupakan suatu khazanah herba yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Disebabkan khasiatnya yang pelbagai, tradisi memakan ulam-ulaman telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak turun-temurun.        Di Taman Herba Mini Dr Sweet, kami juga menanam tumbuhan Ulam Raja. Selain dikenali sebagai Ulam Raja, tumbuhan luar biasa ini turut mempunyai beberapa nama lain seperti King Salad , Intan Berayun dan Kenikir. NAMA SPESIES: COSMOS CAUDATUS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: AMERIKA LATIN CIRI-CIRI: DAUN ADALAH BERGARIS DAN BERBENTUK OVAL ATAU SEGI TIGA ANAK DAUN BERWARNA HIJAU TUA, KESAT DAN RUNCING BERBUNGA KECIL BERWARNA UNGU ATAU KUNING MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2 METER        Manfaat Ulam Raja untuk kesihatan adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah dalam badan Mencuci darah daripada bahan toksik Menguatkan tulang Merencatkan aktiviti sesetengah fungus atau bakteria Mengatasi alahan kulit dan dermatitis Mengatasi masa

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Kenanga

  Bunga yang sangat harum, bunga Kenanga!      Terdapat beberapa spesies pokok bunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Antara tumbuhan yang tumbuh mekar di taman kami adalah pokok bunga Kenanga. Pokok bunga Kenanga dikenali juga dengan pelbagai nama lain dari pelbagai bahasa, antaranya Y lang-Ylang, Lana-Lana, Kenongo dan Mato'oi. NAMA SPESIES: CANANGA ODORATA KELUARGA: ANNONACEAE ASAL: NATIF DI KAWASAN INDO MALAYAN CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT DAN URAT DAUN JELAS KELIHATAN BUNGA KENANGA ADALAH DALAM BENTUK SATU JAMBAK KELOPAK BUNGA ADALAH PANJANG DAN SERING BERGULUNG MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN ANTARA 5 - 20 METER      B unga Kenanga adalah suatu tumbuhan unik yang sering meraih perhatian dalam tradisi majlis perkahwinan masyarakat Melayu turun temurun. Bukan sahaja popular, bunga Kenanga merupakan antara kuntuman bunga yang wajib disertakan untuk dijadikan bunga rampai.          Minyak ekstrak dari bunga Kenanga kebiasaannya digunakan dalam perubatan aromaterapi

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGELICA KEISKEI KOIDZUMI KELUARGA: APIACEAE A

Apa Itu Lemon Myrtle?

Lemon Myrtle, Ratu Herba Limau!      Lemon Myrtle atau nama lainnya limau Myrtle , limau wangi dahan besi dan serai pedas adalah sejenis tumbuhan herba yang mengeluarkan aroma lemon yang bukan sahaja wangi malah menyegarkan. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Queensland, Australia ini merupakan antara tumbuhan herba yang mampu hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia dan turut ditanam di kebun kami di Serdang.  NAMA SPESIES: BACKHOUSIA CITRIODORA KELUARGA: MYRTACEAE ASAL: SUBTROPIKA AUSTRALIA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK MATA TOMBAK BUNGA BERWARNA PUTIH KRIM DAN BERKELOMPOK DI HUJUNG DAHAN MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 20 METER     Daun Lemon Myrtle yang dihancurkan mengeluarkan wangian sitrus lemon yang amat kuat sehingga mendapat gelaran 'The Queen of Lemon Herbs'. Selain itu, pokok Lemon Myrtle juga dikatakan berbau lebih seperti lemon berbanding lemon sendiri.     Lemon Myrtle kian popular dalam kalangan pencinta herba kerana mendatangkan pelbagai

Apa Itu Gymnema?

  Pokok Pemusnah Gula, Gymnema!      Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda , pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda.  NAMA SPESIES: GYMNEMA SYLVESTRE KELUARGA: APOCYNACEAE ASAL: AFRIKA  TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP  MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU     Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema  yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena  dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut: Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada kesan sampingan Kapsul Gymnema: 100mg sahaja, boleh d