Dr Irfan Unal

 Ulam Raja, Mahkota Segala Ulam! 


   Pokok Ulam Raja merupakan suatu khazanah herba yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Disebabkan khasiatnya yang pelbagai, tradisi memakan ulam-ulaman telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak turun-temurun. 


      Di Taman Herba Mini Dr Sweet, kami juga menanam tumbuhan Ulam Raja. Selain dikenali sebagai Ulam Raja, tumbuhan luar biasa ini turut mempunyai beberapa nama lain seperti King Salad, Intan Berayun dan Kenikir.



NAMA SPESIES:
COSMOS CAUDATUS

KELUARGA:
ASTERACEAE

ASAL:
AMERIKA LATIN

CIRI-CIRI:
DAUN ADALAH BERGARIS DAN BERBENTUK OVAL ATAU SEGI TIGA
ANAK DAUN BERWARNA HIJAU TUA, KESAT DAN RUNCING
BERBUNGA KECIL BERWARNA UNGU ATAU KUNING
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2 METER



      Manfaat Ulam Raja untuk kesihatan adalah seperti berikut:

  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mencuci darah daripada bahan toksik
  • Menguatkan tulang
  • Merencatkan aktiviti sesetengah fungus atau bakteria
  • Mengatasi alahan kulit dan dermatitis
  • Mengatasi masalah mulut berbau
  • Meningkatkan daya penglihatan
  • Memberi efek awet muda secara semulajadi


    Ulam Raja enak dimakan mentah sebagai pembuka selera atau dinikmati bersama-sama sebagai juadah makan tengahari. Di samping itu, pucuk Ulam Raja juga boleh dicampurkan dengan buah-buahan kegemaran anda untuk dibuat jus. 


      Ingin memperoleh manfaat kesihatan dari tumbuhan Ulam Raja? Amalkan pengambilan Ulam Raja dalam diet seharian anda.




 Tumbuhan Ulam Raja di Taman Herba Mini Dr Sweet 





0 Responses