Dr Irfan Unal

 Bunga yang sangat harum, bunga Kenanga!


    Terdapat beberapa spesies pokok bunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Antara tumbuhan yang tumbuh mekar di taman kami adalah pokok bunga Kenanga. Pokok bunga Kenanga dikenali juga dengan pelbagai nama lain dari pelbagai bahasa, antaranya Ylang-Ylang, Lana-Lana, Kenongo dan Mato'oi.



NAMA SPESIES:
CANANGA ODORATA

KELUARGA:
ANNONACEAE

ASAL:
NATIF DI KAWASAN INDO MALAYAN

CIRI-CIRI:
DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT DAN URAT DAUN JELAS KELIHATAN
BUNGA KENANGA ADALAH DALAM BENTUK SATU JAMBAK
KELOPAK BUNGA ADALAH PANJANG DAN SERING BERGULUNG
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN ANTARA 5 - 20 METER



    Bunga Kenanga adalah suatu tumbuhan unik yang sering meraih perhatian dalam tradisi majlis perkahwinan masyarakat Melayu turun temurun. Bukan sahaja popular, bunga Kenanga merupakan antara kuntuman bunga yang wajib disertakan untuk dijadikan bunga rampai. 
    

   Minyak ekstrak dari bunga Kenanga kebiasaannya digunakan dalam perubatan aromaterapi kerana harumannya yang memberi kesan menenangkan dan merelakskan. Selain itu, pokok bunga Kenanga juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri dari segi kesihatan, iaitu:


  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Merawat masalah jerawat
  • Mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak
  • Merawat demam, bronkitis dan asma
  • Melegakan sakit senggugut 
  • Melancarkan kitaran haid 
  • Menghilangkan tekanan dan insomnia
  • Mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki dan frigid bagi wanita


    Anda juga boleh menikmati Dr Sweet Herbal Tea bersama Bunga Kenanga. Hanya cuci dan keringkan bunga kenanga yang baru dipetik. Kemudian, celurkan beberapa kelopak bunga Kenanga ke dalam air panas yang telah dijerang. Seterusnya, masukkan uncang teh Dr Sweet Herbal Tea dan tapiskan sebelum minum. Selamat mencuba!





 Pokok bunga Kenanga di Taman Herba Mini Dr Sweet 



0 Responses