Dr Irfan Unal

 Pokok Pemusnah Gula, Gymnema!


    Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda, pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda. 



NAMA SPESIES:
GYMNEMA SYLVESTRE

KELUARGA:
APOCYNACEAE

ASAL:
AFRIKA  TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN

CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP 
MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING
POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU



   Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut:

  • Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada kesan sampingan
  • Kapsul Gymnema: 100mg sahaja, boleh diambil 3-4 kali sehari


Banyak kelebihan yang boleh diperoleh daripada pokok Gymnema. Antaranya adalah:

  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Mengurangkan penyerapan gula dalam usus
  • Mengurangkan selera makan 
  • Meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kesan inflamasi
  • Melancarkan sistem pencernaan 

    Walaupun pokok Gymnema terkenal dengan pelbagai khasiat, namun jika diambil secara berlebihan, pokok Gymnema boleh memudaratkan kesihatan dan tidak sesuai diambil oleh wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak. 


    Di Steviasugar Corporation, kami mengusahakan 1001 tanaman herba termasuklah pokok Gymnema. Jika anda berminat untuk mengetahui apakah tanaman herba lain yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation. Ikuti posting kami yang akan datang!

0 Responses