Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda, pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda.
NAMA SPESIES:
GYMNEMA SYLVESTRE
KELUARGA:
APOCYNACEAE
ASAL:
AFRIKA TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN
CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP
MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING
POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU
Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut:
Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada kesan sampingan
Kapsul Gymnema: 100mg sahaja, boleh diambil 3-4 kali sehari
Banyak kelebihan yang boleh diperoleh daripada pokok Gymnema. Antaranya adalah:
Menurunkan paras gula dalam darah
Mengurangkan penyerapan gula dalam usus
Mengurangkan selera makan
Meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan
Membantu menurunkan berat badan
Mengurangkan kesan inflamasi
Melancarkan sistem pencernaan
Walaupun pokok Gymnema terkenal dengan pelbagai khasiat, namun jika diambil secara berlebihan, pokok Gymnema boleh memudaratkan kesihatan dan tidak sesuai diambil oleh wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
Di Steviasugar Corporation, kami mengusahakan 1001 tanaman herba termasuklah pokok Gymnema. Jika anda berminat untuk mengetahui apakah tanaman herba lain yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation. Ikuti posting kami yang akan datang!
Salah satu tumbuhan yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation adalah pokok Mulberi. Pokok Mulberi merupakan tumbuhan yang popular kerana ditanam secara meluas oleh pengeluar benang sutera untuk dijadikan makanan ulat sutera. Selain nama Mulberi, pokok ini juga dikenali sebagai Bebesaran atau Kertau. Terdapat lebih daripada 10 spesies pokok Mulberi yang ditanam di kebun kami di Ladang Stevia Hulu Langat.
NAMA SPESIES:
MORUS
KELUARGA:
MORACEAE
ASAL:
BENUA ASIA, AMERIKA LATIN, AFRIKA
CIRI-CIRI:
DAUN POKOK BERURAT, BERCUPING DAN TEPINYA BERGERIJI
BUAH BERBENTUK MAJMUK DAN SAIZNYA DALAM 2-3 CM PANJANG
MUDAH DIBIAKKAN SECARA KERATAN BATANG ATAU KAEDAH TUT
KETINGGIAN POKOK JARANG MELEBIHI 10-15 METER
Bukan sahaja buah Mulberi, daun pokok Mulberi juga terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Mulberi adalah:
Mengawal dan mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengawal kandungan gula dalam darah (sugar blocker)
Membantu mengurangkan berat badan
Menguatkan sistem imunisasi badan
Meredakan sakit senggugut bagi wanita haid
Melegakan batuk, selsema dan demam panas
Meredakan bengkak mata
Melambatkan proses penuaan kulit wajah
Buah Mulberi enak dimakan terus atau dijadikan jus dan jem. Manakala, daun Mulberi segar yang telah direbus boleh diminum untuk melegakan batuk, demam panas dan selsema. Di Steviasugar, kami juga menghasilkan Ekstrak Mulberi Hitam dari buah Mulberi Hitam berkualti tinggi dari Turki.
Dapatkan Ekstrak Mulberi Hitam anda segera menerusi laman Steviasuagar Corportion di bawah:
Kenali 2 jenis herba, Tropical Oregano dan Ginger Bush!
Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang ditanam di Kebun Steviasugar Corporation. Antaranya adalah pokok Bangun-Bangun ataupun lebih mesra dikenali sebagai Tropical Oregano serta pokok Ginger Bush. Kedua-dua spesies herba ini terkenal dengan aroma herba yang wangi dan menenangkan.
NAMA SPESIES:
PIECTRANTHUS AMBOINICUS
KELUARGA:
LAMIACEAE
ASAL:
KENYA HINGGA AFRIKA SELATAN, SEMENANJUNG ARAB, INDIA
CIRI-CIRI:
DAUN BERSAIZ SEDERHANA BESAR BERBENTUK HATI
DAUN TEBAL DAN SEKELILING DAUN BERGERIGI
DAUN MEMPUNYAI AROMA YANG KUAT SEPERTI OREGANO
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1.2 METER
Pokok Tropical Oregano mempunyai pelbagai nama gelaran seperti pokok ubat batuk, hati-hati hijau dan Cuban Oregano. Selain itu, daun Tropical Oregano mempunyai aroma yang lebih kuat daripada Greek Oregano. Disebabkan aromanya seakan Oregano, daun pokok Tropical Oregano sering digunakan dalam masakan terutamanya untuk memperasakan daging dan memperisakan sup ataupun stew.
Banyak manfaat yang boleh didapati daripada pokok Tropical Oregano. Antaranya adalah:
Meningkatkan daya imunisasi badan
Menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis
Merawat masalah sembelit, sakit perut dan sakit kepala
Melegakan masalah ekzema, melecur dan gigitan serangga
Melancarkan pengaliran darah dalam badan
Sebagai penghalau nyamuk semulajadi
Pokok Ginger Bush yang berasal dari Afrika Selatan dan Afrika Timur ini juga mempunyai beberapa nama lain iaitu Misty Plum Bush dan Musk Bush. Di samping itu, daun Ginger Bush terkenal sebagai bahan pewangi semulajadi disebabkan aromanya yang harum serta menyegarkan.
NAMA SPESIES:
TETRADENIA RIPARIA
KELUARGA:
LAMIACEAE
ASAL:
AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR
CIRI-CIRI:
BATANG POKOK LEMBUT DAN AGAK MELEKIT
DAUN BERWARNA HIJAU TERANG
DAUN MEMPUNYAI AROMA SEPERTI HALIA DAN SERAI WANGI
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER
Antarakebaikan yang boleh diperoleh daripada pokok Ginger Bush adalah:
Melegakan masalah senak dan sakit dada
Menyembuhkan batuk, demam dan malaria
Melegakan cirit-birit, sakit perut dan sakit kepala
Merawat sakit tekak dan ulser mulut
Melegakan masalah bengkak kaki
Ikuti kami di Youtube untuk menyaksikan lebih banyak paparan menarik mengenai tumbuhan herba!
Stevia Rebaudiana adalah sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana daunnya terkenal dengan rasa yang manis. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan ini lebih mesra dikenali sebagai Stevia. Disebabkan rasanya yang manis, Stevia juga digelar sebagai daun manis, pokok gula serta candyleaf.
Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada tumbuhan herba Stevia ini. Antaranya:
Menurunkan paras gula dalam darah
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Menurunkan paras kolestrol
Mengurangkan masalah keradangan
Mengurangkan risiko kanser
Membantu untuk mengawal berat badan
Menguatkan sistem imun badan
Meningkatkan kesihatan oral
Melegakan sakit tekak dan batuk
Meningkatkan kecerdasan dan stamina badan
Stevia telah digunakan sejak turun temurun sebagai pemanis minuman, makanan bahkan dalam perubatan tradisional. Di Steviasugar Corporation, kami menghasilkan pelbagai produk berasaskan Stevia seperti serbuk Stevia dan cecair ekstrak Stevia yang boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam minuman dan juga masakan.
Produk-produk Dr Sweet boleh didapati di laman Shopee, Lazada, PGMall, YouBeli dan PrestoMall milik Steviasugar Corporation. Kini, anda juga boleh merasai sendiri kebaikan-kebaikan yang terdapat pada Stevia!
Pemanis semulajadi Stevia cukup terkenal sebagai pengganti gula dalam minuman. Tetapi, tahukah anda Stevia juga boleh digunakan dalam masakan?
Untuk posting kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda resepi agar-agar kelapa menggunakan Stevia yang serba ringkas, mudah dan enak untuk anda cuba di rumah. Resepi ini sedap dihidang sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Selamat mencuba!
RESEPI AGAR-AGAR KELAPA STEVIA
Bahan-bahan:
Dr Sweet Stevia Powder (1/2 sudu teh)
Gula Perang (2 sudu teh)
Serbuk Agar-Agar (1 sudu teh)
Buah Kelapa Muda (2 biji)
Cara-cara:
Tuangkan kesemua air kelapa muda ke dalam bekas yang kosong
Korek isi kelapa menggunakan sudu dan masukkan isinya ke dalam bekas yang berasingan
Tuangkan air kelapa ke dalam periuk, kemudian masukkan gula perang, serbuk Stevia dan serbuk agar-agar
Gunakan api yang perlahan, kacau adunan hingga semua gula dan Stevia telah larut dan mula mendidih
Angkat periuk dan tuangkan adunan agar-agar ke dalam mangkuk
Tuangkan isi kelapa ke dalam mangkuk yang berisi adunan agar-agar
Biarkan agar-agar sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk semalaman
Keluarkan dari peti ais dan sedia untuk dihidang
Youtube Channel: Steviasugar Corporation
Ikuti kami di Youtube untuk dapatkan lebih banyak resepi menarik menggunakan Stevia!
Pelbagai Jenis Tumbuhan di Taman Herba Mini Dr Sweet!
Di samping mengusahakan ladang di Serdang dan Hulu Langat, Dr Irfan Unal turut mengusahakan taman herba mini beliau sendiri di Ibu Pejabat SteviaSugar Corporation. Jika anda berkunjung ke HQ kami, anda boleh melihat terdapat pelbagai spesies tumbuhan dan tanaman herba yang ditanam di halaman bangunan pejabat.
Tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan antara spesies tumbuhan yang mampu bertahan dalam keadaan iklim di Malaysia. Antara tumbuhan yang terdapat di taman herba mini adalah pohon Stevia, pokok limau kasturi, ulam raja, mulberi dan lemon myrtle. Selain mengindahkan pemandangan, tumbuhan-tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai khasiat menarik yang bermanfaat dari segi kesihatan.
Bukan sekadar menyejukkan mata yang memandang, tumbuhan-tumbuhan di taman herba mini Dr Sweet juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada para pelawat yang sedang mencari spesies pokok herba yang hendak ditanam di halaman rumah atau individu yang mengimpikan taman herba mini mereka sendiri.
Ingin mengetahui info-info menarik untuk setiap jenis tanaman herba yang terdapat di taman herba mini Dr Sweet? Kekal bersama kami di posting yang akan datang!
Pemandangan hijau yang menyegarkan
Tanaman herba yang penuh dengan khasiat semulajadi
Antara misi Steviasugar Corporation pada tahun 2020 adalah untuk merasmikan kawasan ladang yang baru di dua buah lokasi, iaitu di Serdang dan di Hulu Langat. Selain menjadi tapak semaian bagi penanaman tumbuhan Stevia, kami juga akan menanam pelbagai jenis tumbuhan herba, sayur-sayuran serta buah-buahan.
Proses untuk membajak tanah dan membuat batas tanaman menggunakan mesin power tiller akan dilaksanakan sebaik sahaja kawasan tanah dilapangkan. Selain itu, proses membaik pulih saluran paip air untuk water sprinkler, membaiki dan memasang rumah hijau juga sedang giat dijalankan di kedua-dua lokasi ladang tersebut. Ladang di Serdang dan di Hulu Langat dijangka siap pada tahun ini juga dan bakal dibuka untuk lawatan tidak lama lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tumbuhan yang akan ditanam di ladang baru kami, ikuti perkembangan kami menerusi posting yang akan datang.
Perasmian Steviasugar Corporation Sdn Bhd di Bandar Baru Bangi, Selangor !
Steviasugar Corporation Sdn Bhd telah diasaskan oleh Dr Irfan Unal sejak lebih 10 tahun yang lalu sebagai syarikat pembekal dan pengeluar ekstrak Stevia secara semulajadi. Di samping menyediakan produk-produk berasaskan Stevia dan herba yang bermutu tinggi ataupun lebih dikenali sebagai produk Dr Sweet, kami turut menawarkan perkhidmatan OEM bagi membantu para usahawan untuk membina jenama mereka yang tersendiri.
Setelah sekian lama beroperasi di Malaysia, pada awal tahun 2020, Ibu Pejabat dan kilang Steviasugar Corporation Sdn Bhd kini telah bertukar lokasi ke Hub Perindustrian Suntrack, Bandar Baru Bangi. Kilang Steviasugar dijangka siap dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2021.
Ikuti perkembangan kami di Steviasugar Corporation untuk mengetahui info-info terkini berkenaan produk yang kami hasilkan serta tanaman-tanaman yang kami sedang usahakan untuk kegunaaan konsumer dan industri.