Dr Irfan Unal
Stevia adalah pokok daun manis semulajadi dari Amerika Selatan yang merupakan pengganti gula yang sangat baik. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Stevia mula digunakan kaum Red Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Pokok Stevia

Kebaikan Stevia
  1. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tiada kalori - Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.
  2. Stevia membantu mengubati obesiti - Pemanis tiruan seperti aspartame dan sucralose tidak mengandungi kalori tetapi ianya menggalakkan keinginan untuk gula manis. Berbeza dengan Stevia, mampu mengawal ketagihan itu.
  3. Stevia sangat baik untuk pengidap kencing manis - Stevia mempunyai kesan yang baik pada sensitiviti insulin dan mungkin juga membantu sel-sel beta penkreas melepaskan insulin tambahan
  4. Stevia boleh merawat jantung - Stevia boleh dijadikan teh ubat untuk merawat jantung.
  5. Stevia mengawal Tekanan Darah Tinggi - Doktor di Amerika Selatan menggunakan stevia dalam ubat untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  6. Stevia membantu dalam Candidiasis - Stevia mentah tidak boleh ditapis oleh 'candida albicans' dan tidak menggalakkan Candidiasis.
  7. Stevia baik untuk gigi - Stevia mempunyai manfaat yang sama dengan 'polyols' tetapi tidak dengan semua ketidakselesaan.
0 Responses